Cerahkan Ketiak Gelap Guna 5 Bahan, Gosok Bahagian Berlipat Pun Berkesan

Share

Nak cerahkan ketiak menggunakan rawatan dari klinik kecantikan biasanya akan yang menelan kos yang tinggi.

Jadi untuk anda yang nak jimat poket, ini cara putihkan ketiak dengan memberikan hasil yang berkesan. Jom baca tip daripada Puan Arsha Armalie

.

Tip Cerahkan Ketiak

Untuk mencerahkan dan memutihkan ketiak ini, konsisten dan sabar dengan proses paling penting.

Ini perkongsian tip untuk putihkan ketiak menggunakan bahan-bahan dapur sahaja, namun yang paling penting adalah hasilnya anda dapat nampak dalam masa yang cepat.

Bahan-bahan :

Kopi Kapal Api/ serbuk kopi

Ubi Kentang

Limau nipis

Madu

Kapur Sireh

Caranya:

1.Campurkan semua bahan ini sekali.

2.Kulit limau jangan dibuang kerana nanti boleh digunakan untuk gosok ketiak.

3.Ubi kentang pula anda perlu parutkan, sekali dengan kulit.

4. Selepas dah campurkan kesemua bahan tadi, boleh gosok di bahagian ketiak atau bahagian celahan lain yang gelap.

5.Biarkan sekejap kemudian barulah cuci atau mandi.

Selamat mencuba!

IKLAN