Cara Yang Betul Pakai Sleeping Mask, Barulah Kulit Tak Kusam

Share

Untung kalau rajin pakai sleeping mask sebab cara ini membantu kulit menjadi lebih lembut dan glowing.

Malah, cukup sesuai bagi anda yang mengalami masalah kulit kering, kusam dan jenis suka tidur dalam penghawa dingin. Sleeping mask boleh melembapkan kulit waktu anda sedap dibuai mimpi.

Cara Yang Betul Pakai Sleeping Mask, Barulah Kulit Tak Kusam

Serius, formula tekstur yang bergel dan ringan membolehkan ia  melekap baik pada permukaan kulit. Perlahan-lahan akan menyerap ke dalam kulit, dan pada keesokan pagi, anda boleh mencuci kulit seperti biasa.

Namun begitu, ada yang mengatakan sleeping mask boleh menyebabkan kulit naik jerawat. Betul ke?

Ya, mungkin yang naik jerawat itu sebab tak pakai dengan cara yang betul! 

Setiap produk skincare ada cara penggunaan supaya dapat memberi manfaat terbaik, termasuklah sleeping mask.

@myakrell Answer to @luunaassuri Pakai sleeping mask untuk rawat kulit kusam #SleepingMask #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar ♬ original sound – myakrell

Peraturan pakai sleeping mask…

  1. Pastikan wajah anda telah dibersihkan dan lakukan rutin penyegar dan pelembab.

2. Sapu krim sleeping mask secara merata pada wajah.

3. Wajib pakai sleeping mask 30 minit sebelum anda masuk tidur, supaya lebihan krim dapat diserap dan tidak akan mengotorkan bantal.

4. Tak perlu pakai setiap malam, hanya sekadar satu atau dua kali seminggu.

5. Cuci wajah bersih pada keesokan pagi dan amalkan rutin penjagaan yang konsisten.

Laneige Antara Sleeping Mask Yang Bagus

 

Kelebihan: Bagus untuk kulit yang kering atau tidak cukup hidrat.

Dr. Jart+ Cicapair Sleepair Ampoule-in Mask

Kelebihan: Membaiki skin barrier terutamanya kulit yang stress dan penat. Kulit sensitif paling okay dengan ini!

Tidak Pakai Terlalu Kerap

Tapi AWAS, jangan pakai terlalu kerap! Haa.. bukan sahaja jerawat boleh naik jika pakai sleeping mask terlalu kerap, malah juga boleh beri iritasi pada kulit. Sebaiknya biar kulit anda ada ‘waktu rehat’.

Lepas ini hati-hati ya kalau nak pakai sleeping mask, biar berpada-pada.

Hah, satu kelebihan lain yang mungkin anda tak tahu, boleh bawa sleeping mask ketika travel sebab kita biasanya kurang minum air dan terdedah kepada sinaran matahari bila berjalan jauh.

Kredit video: myakrell

Published by
Nadia