Kecantikan

Cara Urut Hilangkan Garis Halus Sekitar Leher Dan Dagu Berlapis, Berkesan!

Share

Rupanya urutan hilangkan garis halus sekitar leher ini bagus diamalkan setiap hari waktu pagi dan sebelum tidur. Bonus, dapat hilangkan dagu berlapis juga.

Seperti yang kita tahu, urutan tertentu memang akan membantu buat wajah awet muda dan hilangkan kedut, nak kena rajin buat sahaja. Jom, belajar hari ini!

Hilangkan Garis Halus Sekitar Leher

Urutan ini dikongsikan oleh saudari Dayang Huzaifah menerusi media sosial miliknya, nampak menarik.

Langkah 1

Buat penumbuk kosong, urut dari bawah ke atas di tepi leher. Urut sederhana dengan
perlahan-lahan.

Langkah 2

Pusing tapak tangan hingga betul L. Tarik dari bawah ke atas. Fungsi ni ialah untuk hilangkan
double chin. Dan hilangkan kedutan di bahagian leher.

Langkah 3

Telunjuk ibu jari tekan leher. Ibu jari ke atas gosok dari kiri ke kanan dengan lembut. Tips ni dapat melegakan leher cramp dalam masa sama kurangkan garisan leher.

Langkah 4

Jari telunjuk ke nombor 9. Tolak dari telinga ke bawah dagu. Cara ni boleh runcingkan dagu. Dalam masa sama boleh hilangkan double chin.

Sebelum raya ini, anda jangan lupa amalkan tip dan cara urut ini setiap hari jadikan rutin sebelum mekap, sangat berkesan dalam masa seminggu kalau konsisten.

IKLAN