Kecantikan

Cara Pakai Niacinamide Dengan Betul, Terus Hilang Masalah Jeragat & Jerawat

Share

Nak cantik dengan selamat, belajar dulu cara pakai niacinamide dengan betul. Barulah nampak perubahan pada kulit wajah!

Bagi anda yang sudah biasa membeli set penjagaan wajah, pasti akan perkataan niacinamide ini di bekas produk. Malah pasti akan rajin pakai bila tahu kelebihan kesannya pada kulit wajah.

Tetapi untuk anda yang masih tak tahu dan baru belajar tentang skincare, niacinamide ini adalah Vitamin B3 yang sangat penting dalam rutin penjagaan kulit.

Niacinamide ni wajib pakai sebab setiap kulit memerlukan niacinamide. Jangan risau, bahan ini selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

Niacinamide ini kombinasi sempurna dengan sunscreen. Keduannya bekerja baik untuk melindungi kulit dari hyperpigmentasi dan membantu meningkatkan skin barrier kulit.

Namun tak semua produk boleh gabung dengan niacinamide. Antara bahan yang boleh campur dengan niacinamide ialah:

Vitamin C + Niacinamide

Untuk layer yang pertama, pastikan pakai tekstur yang lebih ringan dahulu. Contoh kalau tekstur vitamin c lebih ringan, jadi pakai vitamin C terlebih dahulu.

Tunggu meresap ke dalam kulit, baru pakai niacinamide.

Hyaluronic Acid+ Niacinamide

Kombinasi 2 bahan ini dapat buatkan kulit lebih terhidrasi, lembab dan menjaga skin barrier untuk lebih sihat.

Salicylic Acid + Niacinamide

Kombinasi 2 ingredient ini dapat membantu masalah kulit yang berjerawat. Tapi pastikan pilih percentage % salicylic acid yang rendah okay.

Sebelum nak apply another layer, please pastikan skincare yang pertama meresap ke dalam kulit terlebih dahulu. Selepas dah meresap, baru apply another layer dan seterusnya.

Haa… dah tahu rahsia nak kulit cantik berseri, nanti jadikan rutin ya! Biar kekal cantik dan bebas daripada masalah kulit.

Published by
Nadia