Cara Nak Putihkan Muka Dengan Tepung Beras, Buat Kiub Ais Pun Boleh

Share

Ada banyak cara nak putihkan muka dengan cara yang selamat, salah satunya menggunakan masker tepung beras. Cukup dengan satu bahan manjakan kulit, yang penting anda kena konsisten pakai.

Petua putihkan muka ini bukan sahaja murah dan mudah, malah cepat bagi anda amalkan kerana apa yang anda perlukan cuma 1 paket tepung beras.

Kemudian anda hanya perlu campurkan tepung dengan air suam dan bahan optional lain seperti kunyit, yogurt, madu, putih telur serta lain-lain bagi kuatkan lagi fungsi kecantikan kulit.

Guna Tepung Beras Buat Masker

Selepas adunan tepung tadi siap, sapukan sahaja di muka dan biarkan sehingga kering sebelum bersihkan dengan air biasa. Kalau hendak pakai semasa sedang tidur pun tiada masalah.

Namun ada cara lain yang lebih cep untuk anda guna, dengan membuatkan adunan tepung beras yang dicampur air dan dijadikan dalam bent kiub ais.

Cara Nak Putihkan Muka Dengan Tepung Beras, Buat Kiub Ais Pun Boleh

  1. Campurkan tepung beras dengan air dan kacau sebati.
  2. Selepas itu masukkan dalam bekas kiub ais dan bekukan selama 5-6 jam.
  3. Bila dah beku, anda golek-golek kan pada muka.

Tips: Buat sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Kalau rajin, boleh buat selalu. 1 hari guna satu kiub ais sahaja dah cukup.

Ini antara khasiat kiub ais tepung beras:

Boleh mengecilkan liang pori muka.

Mengurangkan minyak pada muka.

Mengurangkan merah akibat jerawat.

Boleh hilangkan kulit muka hangus terbakar.

Mencerahkan kulit.

Dan kurangkan masalah mata lebam.

Senang, bukan? Selepas ini anda boleh lah cuba buat dan simpan dalam peti, bila bangun pagi ambil seketul dan gosok pada muka.

IKLAN