Cara Nak Guna Foundation Balm, Sapu Ini Je Kalau Tak Suka Mekap

Share

Anda tahu tak cara nak guna foundation balm? Katanya cara ini sesuai untuk orang yang tak suka mekap sangat tapi lebih mudah dan memberi hasil solekan semula jadi.

Jadi kalau anda nak cepat keluar ke mana-mana, guna saja tip ini. Senang tapi berseri-seri.

Cara Nak Guna Foundation Balm, Sapu Ini Je Kalau Tak Suka Mekap

 

Baiklah, bedak asas jenis

balm ini dicipta seperti krim lembut dan kemudian akan meninggalkan kesan seperti memakai bedak alas. Ia mampu melitupi cela wajah secara sederhana dan dapat meninggalkan kesan kulit lebih halus (tidak bercapuk).

Sama seperti jenis foundation yang lain. Kamu boleh memilih foundation balm mengikut kulit, tona dan finishing.

@yashoras Finally got my hands on the @kvdbeauty Good Apple Foundation Balm!! 🍎 Now back in stock at @sephora_asia 🥰 #GoodApple #kvdbeauty #fyp ♬ original sound – Yashora

Apa kelebihan foundation balm berbanding yang lain?

  • Ringan seumpama tinted moisturizer. Ia boleh dipakai untuk kesan mekap ‘no-makeup’.
  • Ini boleh dilapisi mengikut kehendak si pemakai, samada dari medium coverage hinggalah full-coverage.
  • Mudah disimpan, tidak tumpah dan tahan lama.
@jaydepierce #fyp #foryoupage #kvd #kvdbeauty #kvdfoundation #kvdgoodapple ♬ YOU’RE THE ONE – KAYTRANADA

Cara nak guna foundation balm

Boleh guna jari! Atau untuk hasil foundation yang sempurna seakan-akan kulit anda boleh guna berus jenis flat-brush. Sapu keseluruhan wajah secara satu arah ke atas.

Kalau kamu ingin tutup cela seperti tompok gelap hiperpigmentasi atau parut jerawat. Tambah produk ke atas kawasan bermasalah. Kemudian ‘dab dab’ sehingga foundation sekata.

Hah, kalau anda cuba, boleh cuba jenama KVD Beauty Good Apple Skin-Perfecting Foundation Balm. Foundation ini diformulasi matte untuk mereka kulit berminyak dan kombinasi. Malah dengan ekstrak epal untuk membantu menyuburkan kulit.

Owh ya, jangan risau foundation ini non-comedogenic, jenis tidak menyumbat pori-pori.

Kredit video: yashoras dan jayderpierce

Published by
Nadia