Cara Lembutkan Tangan Kasar, Pilih Saja Salah Satu Tip Ini

Share

Kalau anda nak lembutkan tangan kasar, tak perlu pun guna losyen. Anda boleh cuba tip yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Shiela Shafie , katanya berkesan.

Ada tiga pilihan untuk anda, mana-mana bahan yang dah ada di rumah, anda boleh terus amalkan.

1. Air suam

Rendamkan tangan dalam air suam adalah salah satu cara berkesan untuk dapatkan tapak tangan yang lembut. Tetapi pastikan suhu air tak terlalu panas kerana ia mungkin akan membuatkan kulit jadi kering.

Tambah beberapa titis minyak ekstrak bunga mawar ke dalam air lalu rendamkan tangan beberapa ketika dalam campuran air berkenaan untuk 10 minit. Hasilnya, tangan makin lembut!

2. Gula dan minyak zaitun

Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan satu sudu besar gula sehingga ia menjadi seperti pes. Sapukan pes itu di keseluruhan tangan dan fokuskan pada bahagian celah kuku serta jari-jemari.

Setelah beberapa ketika melakukan skrub tersebut, basuh dengan air seperti biasa. Manfaat minyak zaitun adalah untuk melembab, gula pula untuk mengikis sel kulit mati serta daki di tangan. Hasilnya tangan nampak cantik dan lembut dalam sekelip mata!

3. Minyak Sapi

Ambil satu sudu minyak sapi dan lumurkannya di keseluruhan tapak tangan serta permukaan kulit tangan, tenyeh juga pada bahagian kuku dan di celah-celah kutikel untuk beberapa ketika. Anggap saja seperti losen.

Setelah itu, basuh tangan dengan air tanpa menggunakan sabun. Memang melekit dan berminyak tetapi jika ia diamalkan selama seminggu, tangan anda pasti lembut!

Akhir perkongsian, Shiela menitipkan pesan kepada kaum wanita agar menggunakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti mencuci pinggan dan sebagainya.

Published by
Nadia