Cara Cantik Lisa Surihani, Tak Mekap Tebal Pun Manis Orangnya

Share

Nampak ‘teduh’ melihat kecantikan pelakon dan pengacara, Lisa Surihani, dengan penampilan bertudung dan menutup aurat selengkapnya, lagi lah nampak manis.

Malah isteri kepada pengarah, Dato’ Yusry Abdul Halim ini semakin menjadi idola dari sudut penampilan kepada golongan wanita untuk menjaga aurat sepenuhnya.

Cara Cantik Lisa Surihani, Tak Mekap Tebal Pun Manis Orangnya

Namun apa yang menarik perhatian, wajahnya walau kurang mekap, tetap naik serinya. Haaa.. nak tahu tak apa rahsinya? Jom kita selongkar tup cantik Lisa Surihani…

1. Jarang Bersolek

Solekan selalunya menjadi ‘teman karib’ bagi wanita kerana ia mampu merubah penampilan seseorang itu menjadi luar biasa. Solekan juga mampu meningkatkan keyakinan diri yang tinggi. Tetapi sejak mula istiqamah berhijab Lisa dilihat semakin jarang mengenakan solekan yang tebal kecuali atas tuntutan kerja bagi menghadiri majlis-majlis formal.

Malah, Lisa lebih selesa hanya mengoleskan perlindung sinaran UV (Sunscreen) agar dapat melindungi diri dari dimamah panahan mentari. Lisa juga hanya menaikan seri wajahnya dengan menggunakan maskara serta gincu yang dioles nipis pada wajah.

2. Buat Senaman

Selain menjaga kesihatan kulit wajah. Lisa juga rajin melakukan senaman demi menjaga kesihatan tubuh badan. Ini kerana, semakin berusia semakin menjadi satu kewajipan untuk menjaga kesihatan tubuh badan jika tidak mahu merisikokan kesihatan. Hanya lakukan senaman ringan seperti turun naik tangga, brisk walking atau bersenam secara santai juga sudah memadai.

3. Pilih Untuk Bahagia

‘Happy wife happy life’ itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan kebahagiaan Lisa sejak mendirikan rumahtangga dengan Yusry sejak 11 tahun yang lalu. Malah, pasangan ini sentiasa kelihatan sangat sweet dan romantik dan mereka sering dilihat bersama.

Jelas terpancar kebahagiaan yang dipaparkan pasangan ini. Hasil perkongsian hidup bahagia merpati dua sejoli ini, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran tiga orang cahayamata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Mungkin inilah rahsia sebenar kejelitaan Lisa. Apabila bahagia maka dalaman pun gembira terpancar kecantikan dari jiwa ke wajahnya.

4. Bersihkan Muka Sebelum Tidur

Meskipun sibuk dengan tugasan memenuhi undangan pelbagai aktiviti, namun rutin yang satu ini tidak Lisa lupakan.

Lisa akan memastikan wajahnya dicuci sebelum masuk tidur. Bagi Lisa dia hanya memilih produk penjagaan kulit yang mudah didapati, pragmatik dan dipercayai oleh pakar dermatologi, seperti Cetaphil.

Jadi, kalau nak cantik semula jadi macam Lisa Surihani, anda kena lah berubah dan amalkan beberapa tip yang dikongsi seperti di atas. Rajin buat senaman dan jangan sesekali tidur tanpa membersihkan kulit wajah dahulu. Ingat tau!

Published by
Nadia