Kecantikan

Makin Cantik Uqasha Senrose Selepas Jadi Ibu, 3 Tip Ini Jadi Amalannya

Share

Manis dengan senyuman, pelakon Uqasha Senrose memilih untuk ‘setia’ fokus jaga anaknya dengan mengurangkan masa untuk keluar dengan kawan-kawan.

Uqasha Senrose Bergaya Walau Dah Jadi Ibu

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, berkata, bukan mudah untuk keluar berdua bersama bayi lebih-lebih lagi tanpa ditemani suami atau pembantu.

“Masya-Allah ‘struggle’ betul nak keluar dengan anak seorang diri.

“Disebabkan itu bila orang ajak keluar selalu fikir berjuta kali,” katanya menerusi Instagram Story.

Makan Masa Nak Bersiap

Tidak hanya itu, pelakon filem Sumpahan Jerunei itu juga memerlukan lebih banyak masa untuk bersiap sebelum keluar rumah.

Akui isteri kepada Kamal Adli itu, persediaan lebih kepada keperluan permata hatinya, Hawra Uqaira sehingga perlu membawa dua beg hanya untuk barang si kecil.

“Ini saya kuatkan diri juga perlahan-lahan siapkan Uqaira kemudian bersiap untuk diri sendiri.

“Masuk kereta dah mengah (penat). Mana nak bawa barang anak, beg dia sahaja dah dua, tak masuk lagi beg tangan saya.

“Penat sangat tapi berjaya keluar dengan anak,” ujarnya.

Berkongsi Tip Cantik

1. Minum air kosong 3 liter sehari

“Bagi diri saya sendiri, saya minum air kosong yang cukup pasti menjadi kewajipan setiap hari. Amalan saya ini menjadikan kulit saya sentiasa lembab dan tiada masalah kulit atau rambut kering.”

2. Makan epal hijau & pisang setiap hari

“Nak kulit cantik kena amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Setiap hari saya pasti makan epal hijau dan pisang. Bukan sahaja baik untuk kesihatan kulit malah ia menjadikan saya sentiasa bertenaga sepanjang hari.”

3. Gunakan pembersih wajah yang sesuai

“Paling penting, saya akan pastikan untuk membersihkan wajah setiap hari dengan menggunakan pembersih wajah yang sesuai. Itu antara rahsia untuk kulit wajah mulus dan bersih.”

Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 dan dikurniakan Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April lalu.

Kredit gambar: Instagram Uqasha Senrose

Published by
Nadia