Terpesona tiap kali melihat kecantikan kulit wajah pempengaruh digital, Sofea Shra, tak mekap pun cantik apatah lagi selepas disolek.
Sofea juga dilihat cukup menjaga kecantikan dan penampilannya. Selalu ada tip cantik di media sosialnya, jadi ini menarik ramai anak muda untuk belajar mekap cara simple dan cepat.
Satu yang orang suka tentang Sofea adalah solekannya yang flawless dan kreatif. Dia suka beri gaya yang minimal, mungkin itu juga selera generasi kini.Lebih tertarik bila dia suka guna cushion, cepat tapi hasilnya minimalis!
Cukup clean, solekan matanya yang menghasilkan pembayang mata ton warna terang dan sangat sesuai untuk setiap majlis. Memilih untuk menggayakan gincu bibir warna nude dan biasanya ton nude yang dipilih seakan punya asas warna koral yang membuatkan penampilan bibirnya tidak terlalu pucat.
Menyarung busana putih, menyerlahkan penampilannya yang tampak anggun dengan auranya tersendiri. Malah Sofea bijak bermain dengan pembayang mata rona ton gelap dan disapu kemas pada bawah matanya.
Kalau tengok perkongsian media sosialnya, Sofea memang suka solekan yang memberi fokus pada mata dan juga di bahagian pipi. Solekan yang menyerlahkan kecantikan dan kesihatan kulit lebih menawan untuk generasi dan trend masa kini.
Namun dalam look solekan minimal ini, masih terselit elemen ekstra. Sofea menggunakan sapuan pemerah pipi yang dapat menaikkan lagi seri wajah dan tampak lebih dimensi.
@sfeashraa Raya mekap tutorial tema hijau but make it silentπ€« sebab korang pun mesti dah penat dgr I cakap kan hahahah anyway, siapa team raya ijo tahun ni?ππ»ββοΈπ makeup base I letops sebab pakai @skintific.my cushion foundation as alwaysπ«Άπ» I pakai code 01 Vanilla!π€ #kongsibersama #kongsitips #raya2024 #makeupmalaysia β¬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) β Lill Lilly
Sekeping gambar ini naikkan seri wajahnya, nampak ranggi tetapi cun! Sofea memilih satu gaya yang agak bold dengan bermain pembayang mata berwarna biru. Diberatkan lagi dengan penggaris mata berekor dan menggunakan eyeliner berwarna hitam untuk melukis bintang di bahagian hujung mata. Unik!
Jadi kalau anda rasa nak belajar mekap, boleh cuba tip yang dikongsi Sofea Shra ini, simple tetapi menarik!
Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…
Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…
Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…
Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…
Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…
Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…