Cantikkan Kuku Guna 3 Bahan Dapur, Tak Payah Habiskan Duit Pergi Spa Pun!

Share

Perempuan yang nak cantikkan kuku, tak perlu pun menghabiskan beratus dan tak perlu ke Spa untuk dapatkan rawatan. Anda boleh gunakan bahan yang ada di dapur sahaja.

Bahan-bahan tersebut adalah bawang putih, kulit tembikai dan juga limau atau lemon. Nak cuba cantikkan kuku? Jom kita ikut cara ini, jimat!

Cantikkan Kuku Guna 3 Bahan Dapur

1. Bawang Putih

Kupas kulit bawang putih dan bersihkan. Tumbuk lumat dan gosokkan ke atas kuku. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kuku akan jadi lebih berkilat dan dalam masa yang sama manfaat dari bawang putih ini boleh kuatkan struktur kuku juga.

2. Kulit Tembikai

Yang ini percaya tak? Kulit buah tembikai boleh berikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Cara dia, gosok kulit buah tembikai ke atas kuku. Biarkan kering kemudian cuci dengan air hingga bersih.

3. Limau Nipis/Lemon

Hiris beberapa kepingan limau nipis/lemon. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air. Amalan ini juga boleh bantu hilangkan kuku yang kuning tu. Jadinya kuku sentiasa cantik dan sihat.

Mudah sahaja kan nak cantikkan kuku. Tak perlu bayar mahal atau mendapatkan rawatan di Spa pun. Guna sahaja bahan-bahan di atas. InshaAllah menjadi!

Semoga bermanfaat!

Published by
Nadia