Cantik Itu Pilihan, Duduk Rumah Pun Boleh Wangi Dan Kemas!

Share

Cantik itu pilihan kita, nak jaga penampilan atau biar nampak biasa asal mudah bergerak. Namun ramai yang beranggapan nak nampak cun dan menarik perlukan duit yang banyak.

Hakikatnya, ia bukanlah bergantung pada berapa banyaknya duit yang ada semata-sama, kerana ramai juga yang tetap nampak tak ‘cantik’ walaupun ada duit berkepuk-kepuk.

Cantik Itu Pilihan, Duduk Rumah Pun Boleh Wangi Dan Kemas!

Sebaliknya untuk nampak cantik ia merupakan satu pilihan dalam menghargai diri. Diri kita sendiri yang menentukan untuk tampil cantik,bersih, kemas dan wangi walaupun di dalam rumah sendiri.

Setuju sangat dengan perkongsian daripada Yatie Kamarzaman,38 yang juga merupakan kakak kepada Usahawan terkenal Dato Sri Aliff Syukri ini.

 

Orangnya kecil molek, langsing, cantik dan pandai bergaya tetapi siapa sangka sudah mempunyai dua orang anak perempuan yang kian meningkat remaja iaitu Noor Uzma Raisah,13 dan Noor Aleya Baheerah,10.

Menerusi akaun Instagram, Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi ini berkongsi pendapat pentingnya diri bersiap kemas dan bersih seawal pagi bagi menaikkan semangat sepanjang hari.

Bagi Kak Yatie bila kita mulakan hari tu dengan bersih, wangi dan cantik-cantik bantu untuk boost up my day. Walaupun kat rumah sebab tak nak rasa selekeh bila tengok diri sendiri kat cermin. Memang rasa malas terus.

Cantik Ialah Pilihan

Bukan itu sahaja, bagi wanita ini juga cantik merupakan satu pilihan untuk menghargi diri sendiri dan tak semestinya perlu duit yang banyak. Apabila bersih dan kemas sekaligus akan terserlah kecantikan yang tersendiri.

Orang cakap, benda boleh cantik sebab ada duit. Bagi Kak Yatie nak cantik tu ialah PILIHAN. Masalahnya ramai di dunia ni yang tak cantik walaupun ada duit kepuk-kepuk.

Pilihan untuk menghargai diri tu pada kita sendiri. Dari situ saja dah nampak cantik sangat. Sebab cantik tu subjektif. Bagi Kak Yatie, baik lelaki atau perempuan tu kalau bersih dan kemas, auto nampak cantik tau. Ada aura yang luar biasa bila tengok.

Sumber: Instagram Yatie Kamarzaman

Published by
Nadia