“Cantik Berganda Lepas Berhijab” – Netizen Puji Anak Kris Dayanti, Aurel Hermansyah Tampil Lebih Anggun!

Share

Kecantikan selebriti ini saling tak tumpah seperti ibunya, penyanyi popular Kris Dayanti.

Malah sekali pandang dengan lirikan senyuman manis dibibir pasti mengingatkan kita pada penyanyi yang cukup popular dengan lagu Menghitung Hari ini.

Anak sulung Krisdayanti, Aurel Hermansyah yang baru saja melangsungkan perkahwinannya April lalu dengan youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar dikhabarkan telah berhijab.

Malah penampilan terbarunya yang kelihatan sangat anggun dan cantik apabila sudah berhijab turut dipuji netizen.

Aurel yang juga penyanyi di Indonesia membuât keputusan berhijrah dan mengubah penampilan terbarunya juga turut membanggakan suami tercinta.

Sementara itu, dia juga turut berterima kasih kepada suaminya yang banyak beri dorongan  untuk dia berubah menjadi manusia lebih baik.

Ayuh, lihat beberapa foto Aurel yang sangat manis mengenakan hijab dengan busana bersesuaian penampilan terbaru.

aurora_romaadi Kak loli semakin cantik, dg hijabnya. Love you kak

pembasmii.hamaaa you look gorgeous and stunning as always

wdina388 Masya Allah cantik x kk Aurel pkek hijab Istiqomah trus ya kk

piliruma Masya Allah cantik kak lolly pinky

ahha.gemezz MamaNur Gorgeous Bangeett

papata_mama_nur Bahagia selalu kesayangan sampai maut memisah kan

ah.siap_indonesia Bahagia selalu kalian berdua,ever after

rezu28 Masha Allah, kakak, cantiknya berhijab, bismillah kk semoga bisa segera istiqomah, pelan tapi pasti

Kredit Foto: Instagram Aurel Hermansyah

Artikel Berkaitan:

Gemar Aktiviti Lasak & Jaga Makan. Rahsia Kecantikan & Kekal Awet Muda Normala Samsuddin

Bella Hadid Wanita Tercantik Di Dunia, Supermodel Berdarah Palestin Miliki Dagu 99.7% Sempurna

Rutin Amalkan ‘Ice Facial’ Untuk Kekalkan Kesegaran Wajah, Cara Cantik Noryn Aziz Di Usia 40an

Published by
Siti Zurina Mat Saman