Tak sangka sungguh, bedak Ponds yang harga tak sampai RM10 ini boleh buat kulit muka glowing dan flawless teruk.
Nah, ini resepi yang viral. Anda boleh je campur tiga-tiga bedak sekali gus untuk hasil macam pakai filter dekat muka.
Ada tiga jenisnya iaitu Watermelon Fresh & Bright (warna peach), Dual Acne & Oil Solution (warna hijau), dan Pinkish Glow (warna pink).
Anda cuma perlu gabungkan ketiga-ketiga jenis bedak ini dalam satu bekas dan sebatikan.
Warnanya begitulah, lebih kepada pink. Tetapi bila pakai di wajah, anda akan nampak cantik sangat.
Hah, nanti tengok lah hasilnya bila anda sapu ke wajah! Nampak glowing macam pakai filter. Terus cantik cara mudah. Nanti cuba, tau!