Campur Teh Hijau Dan Cuka Epal Jadikan Toner, Sesuai Kulit Berminyak

Share

Ada banyak khasiat teh hijau, antaranya membantu mengurangkan masalah jerawat di wajah. Selain itu, epal cider cuka pula membantu mengurangkan kulit berminyak pada kulit.

Jadi, untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak boleh mencuba menghasilkan toner sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan tersebut.

Campur Teh Hijau Dan Cuka Epal Jadikan Toner, Sesuai Kulit Berminyak

Petua ini boleh membantu mengecilkan liang-liang besar dan mengurangkan juga jerawat pada kulit muka.

Bahan-bahan:

1 uncang teh hijau

3/4 cawan air panas

¼ Cuka Epal Cider

Beberapa titik Minyak Pokok Tee

Beberapa titik Minyak Lavender

Caranya:

1. Rendam uncang teh hijau bersama 3.4 air panas dalam cawan.

2. Tuang air teh hijau dalam baling.

3. Kemudian, letak ¼ cawan cuka epal cider dalam balang dan kacau hingga sebati

Cara nak guna toner ni :

– Celup kapas dalam campuran itu dan guna pada wajah.

– Lakukan secara perlahan-lahan tau. Kalau tak nak guna kapas, boleh guna dalam bentuk semburan pada muka.

– Tuang sahaja campuran itu dalam botol semburan lalu semburkan pada wajah.

– Selepas pakai toner ini jangan bilas dahulu. Biarkan ia kering.

– Untuk hasil yang berkesan, guna 2 kali sehari pada wajah muka.

– Toner ini boleh disimpan dalam peti sejuk selama 10 hari sahaja.

Tip:

– Pokok Teh membantu melawan jerawat, bintik hitam.

– Minyak lavender pula dapat memerangi jerawat serta keradangan kerana minyak ini mempunyai ciri-ciri anti-radang dan juga anti-bakteria

Published by
Nadia