Bulu Mata Lentik Tanpa Pakai Yang Palsu, Ini Caranya!

Share

Nak buat bulu mata lentik dengan mudah, ramai yang memilih langkah mudah dengan memakai bulu mata palsu.

Namun cara ini membuatkan anda kurang selesa kalau nak pakai setiap hari. Susah dan rimas. Haaa… jangan risau, maskara juga mampu memberikan efek yang optimum jika anda tahu petuanya.

Bulu Mata Lentik Tanpa Pakai Yang Palsu, Ini Caranya!

Selain lebih mudah dan pantas, kaedah ini juga memberikan hasil mekap yang lebih natural dan selesa.

1. Panaskan Pengepit Bulu Mata

Tiup pengepit dengan pengering rambut atau rendam dulu getah atau bahagian atas pengepit bulu mata anda ( hati-hati jangan terlampau panas bimbang melecur pula kulit anda nanti).

Letakkan pelentik bulu mata betul-betul dekat dengan akar bulu mata tapi jangan sampai terkepit kulit. Pam perlahan -lahan dan tahan selama beberapa saat.

Gerakkan pelentik bulu mata sedikit jauh ke luar dan ulang langkah ini dalam 2-3 kali.

Bagi kesan yang lebih lebat, anda boleh juga lapiskan primer terlebih dahulu di bulu mata anda.

2. Guna Sudu

Ini tips daripada bekas model Victoria Secret , Miranda Kerr, mula-mula sapu sedikit bedak asas ringan pada bulu mata.

Langkah ini untuk mengelakkan bulu mata daripada bergumpal. Kemudian pakai maskara seperti biasa.

Kemudian ambil sudu besi yang bersih dan rendam dalam air panas. Lap kering dan pastikan sudu tidak terlampau panas sehingga boleh melecurkan kulit.

Letak sudu pada bahagian atas mata dan tolak bulu mata ke atas menggunakan ibu jari mengikut bentuk sudu. Tahan untuk beberapa saat.

3. Guna kad

Letakkan kad di belakang bulu mata. Layangkan maskara menghala ke arah kad tersebut. Untuk hasil yang lebh baik, potong kad tersebut menjadi bentuk lengkungan. Terdapat juga lash card yang sedia dijual di pasaran.

4. Pilih maskara dengan formula efek pelebatan dan pemanjangan

Ada banyak jenis maskara di pasaran untuk hasil yang berbeza. Kurang yakin dengan versataility, multi-purpose atau slogan 2 dalam 1 dalam produk?

Rapi sarankan gunakan dua masakara berbeza dengan kesan yang berlainan. Kesan pemanjangan dan kandungan fiber untuk efek bulu mata lebih panjang.

Layerkan dengan maskara dengan kesan pelebatan. Tunggu sapuan pertama separa kering dahulu sebelum sapuan kedua.

5. Berus maskara

Gerakkan berus maskara dalam gerakan zig-zag untuk kesan curling yang lebih optimum. Anda juga boleh gunakan berus maskara lama yang sduah dibersihkan untuk memisahkan bulu mata yang bergumpal.

Jangan lupa bulu mata di inner corner mata anda!

6. Pastikan warna hitam

Maskara selalunya ditawarkan dalam warna coklat atau hitam. Ada juga jenama kosmetik yang menawarkan warna yang lebih fun seperti biru dan ungu.

Tapi untuk impak bulu wanita yang lebih menawan, pilih saja warna hitam. Jika terdapat pilihan dengan warna Very Black, itu lebih baik.

Ini Tips lain

Bersihkan maskara sebersihnya sebelum tidur. Maskara antara alat mekap yang susah ditanggalkan terutama jenis kalis air.

Guna putik kapas, celup dengan jeli petroleum (Vaseline) atau minyak zaitun dan bersihkan dengan teliti. Sisa maskara yang tidak dibersihkan dengan betul boleh membuatkan bulu mata jadi rapuh dan tercabut.

Kandungan jeli petroleum dan minyak zaitun juga akan menyumbang kepada bulu mata yang lebih sihat.

Hah, menarik bukan? Bagi anda yang mempunyai bulu mata sedikit dan pendek, anda boleh cuba salah satu tips di atas ya!

Published by
Nadia