Biasanya orang guna pensel celak nak lebatkan kening yang tak begitu menyerlah, tetapi kali ini anda boleh cuba sapu minyak pula untuk naikkan seri bahagian mata.
Apa caranya?
Ini Cara Lebatkan Kening
Haa.. bagi yang suka jenis nampak kening lebat, anda tak perlu lukis tebal-tebal ya. Ada cara semula jadi yang boleh membuatkan bulu kening anda jadi lebat dan tebal.
1. Minyak kelapa
Minyak kelapa semakin popular digunakan bagi kecantikan terutamanya melebatkan rambut dan bulu kening.
Minyak ini juga kaya dengan protein serta nutrisi seperti vitamin E dan zat besi yang dapat melebatkan bulu kening selain menjadikan sihat. Jadi anda boleh sapu minyak ini pada kening setiap hari sebelum tidur atau waktu pagi sedang keluar ke mana-mana.
2. Tea Tree Oil
Sama juga dengan minyak kelapa, tea tree oil dipercayai boleh merangsang pertumbuhan dan ketebalan bulu kening dengan meningkatkan kesihatan sel dan folikel.
Untuk mendapatkan hasil yang ketara, sapukan tea tree oil pada bulu kening sebelum tidur dan biarkan semalam.
3. Minyak lavender
Minyak lavender yang disapu pada bulu kening dapat menguatkan akar bulu daripada gugur. Wangi tau minyak ini, nanti kesannya anda tidur pun lena sebab sifat minyak ini untuk tenangkan diri dan mudahkan lena.
4. Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi vitamin A dan vitamin E yang dapat membantu pertumbuhan rambut. Vitamin E memberi nutrisi setiap helaian rambut, sementara vitamin A dapat merangsang penghasilan sebum, minyak semula jadi tubuh yang membantu pertumbuhan rambut.
Menyapu minyak zaitun sebagai cara menebalkan alis secara semula jadi boleh dilakukan setidaknya sekali sehari untuk melihat hasil yang maksimum dalam tempoh hanya seminggu.
Tak susah pun nak cantikkan kening tanpa main lukis-lukis, anda sapu sahaja minyak di atas ini ya. Semoga hasilnya dapat memuaskan anda!