Buat Skrub Dari Hampas Kopi 3 Kali Seminggu, Rahsia Kulit Jadi Halus Mulus

Share

Walaupun kita boleh menikmati kopi segera 3 dalam 1, tetapi masih ada lagi yang masih suka menikmati kopi yang dikisar sendiri kerana rasa dan keharuman kopi itu sendiri.

Sebenarnya selepas membuat air kopi, hampasnya janganlah dibuang kerana mempunyai banyak kegunaan.

Bukan sahaja untuk bantuan tanaman, tetapi hampas kopi juga boleh membantu untuk mendapatkan kulit yang licin dan lembut.

Perkongsian Suhaili Baharuddin memberitahu kegunaan hampas kopi yang boleh dibuat masker untuk menghaluskan wajah.

Buat Skrub Dari Hampas

Hampas kopi jangan dibuang. Ada banyak manfaat kita boleh gunakan dan konsepnya janganlah membazir.

Mula-mula kita belajar dulu beza kopi kampung dan kopi yang digrind dari kedai atau cafe.

Kopi kampung – kopi yang selalu kita minum dirumah atau kedai biasa atau mamak tu. Ia diproses dengan dipanggang sampai legam dan dicampurkan pula dengan marjerin, gula dan bahan-bahan lain untuk rasa umphhh.

Jadikan sebagai aroma bilik tidur. Wangi terukkk bilik okey. Ia juga boleh bertindak sebagai deodorize kalau bilik bau kepam tu. Oh boleh letak dalam kereta juga. Sungguh fresh bau nya. Elakkan letak pewangi dalam bilik contohnya fragrance oil. Tu semua sintetik dan tak menyihatkan pun. Bayangkan kita dan anak-anak menyedut bauan sintetik setiap hari?

Kopi grind – Ini biasanya di cafe-cafe yang kita tengok ada mesin gedabak canggih tekan suis tretttt keluar kopi tu. Ia tak dicampur dengan bahan-bahan lain. Memang solid biji kopi tu saja yang dipanggang. Kira pure beans la ni. Dah tentu ia lebih sihat.

Kopi 3 Kali Seminggu

Selalunya cafe-cafe ni akan buang hampasnya, tapi kalau kita berani dan tak segan boleh aje minta dari mereka. Masa aku minta dari cafe Zus minggu lepas, memang aku jumpa terus managernya dan explain.

Ini contoh packaging hampas kopi dari starbucks. Ada cawangan yang memang balut kemas sekali sticker begini dan depa letak dalam satu bakul tepi tiang. Siapa nak ambik. Percuma aje. Ada juga cawangan yang kau kena pi kaunter dan minta, baru depa beri. No harm pun pi tanya kat staff tu kan?
Selain tu boleh campurkan dengan bahan buangan dari dapur untuk compost. Sayur lebihan + hampas kopi + sedikit tanah dan tutup bekasnya. Selepas beberapa hari ia akan jadi organic top soil! Yang bertukar jadi tanah hitam yang sangatlah menyuburkan pokok. Cuba buka peti ais masing-masing, mesti banyak sayur yang acah nak masak tapi tak masak jugakkk sudahnya layu sudah tak berguna lagi kan? Haaa kasi compostlah.
Semut, lipas dan segala yang merayap juga tak suka aroma kopi. Jadi tabur atau letak di keliling rumah dan tukar setiap 2 minggu.

Rahsia Kulit Jadi Halus Mulus

Bagitahu yang starbucks memang dah lama packagingkan hampas kopi dan beri pada customer untuk dibuat baja. Jadi tak adalah istilah membazir terbuang sebab it will help the environment gitu.

Beliau bersetuju dan terimalah, Seguni hampas kopi depa beri weh.

Jangan lupa share post ni supaya ramai kawan-kawan kita boleh baca dan dapat manfaatnya okey? 

Hampas kopi + gula + minyak zaitun/minyak kelapa. Jadikan skrub!
Lumur pada kulit dan ia akan bertindak sebagai exfoliator. Gosoklah pada segala celahan dan bahagian yang kau rasakan suram itu. Nanti lepas bilas dengan air biasa gerenti kulit kita rasa lembut dan smooth aje.
Ahh dan hampas kopi sebagai skrub muka. Jangan digonyoh kasar pulak sebab kulit muka kita ni lembut dan nipis. Sapu lite-lite aje ok? Buat lah 3 kali seminggu sebagai reward self care.

Rahsia Kopi Untuk Kesihatan & Kecantikan

1. Membantu Mengurangkan Risiko Mendapat Kanser

2. Membantu Mengurangkan Risiko Kemurungan

3. Membantu Meningkatkan Keupayaa Fizikal & Tenaga

4. Membantu Membakar Lemak

5. Membantu Mengurangkan Risiko Diabetes

6. Memeliharan Kulit Kepala

7. Menjaga Kesihatan Mulut

8. Mengurangi Penyakit Alzheimer

Artikel Lain: Penggemar Kopi Elak Minum Jenis Ini. Boleh Sebabkan Jantung Berhenti & Komplikasi Lain!

Published by
Siti Zurina Mat Saman