Biasanya orang buang sel kulit mati pakai masker yang sudah dijual di pasaran tetapi kali ini anda boleh DIY sendiri guna beras yang ada di rumah. Jom tengok macam mana cara nak buat.
Menurut Puan Suzy Honey, skrub badan ini dipercayai mampu membantu kulit membuang sel-sel mati di keseluruhan tubuh. Malah, paling mujarab untuk masalah ketiak yang gelap.
Berbekalkan sumber bahan semula jadi, srub badan ini mampu menjimatkan wang anda, sekali gus kulit badan menjadi licin, lembut dan cerah.
5 sudu serbuk beras (telah sangai & kisar)
2 sudu besar susu tepung/susu powder
Sedikit air lemon
Goreng beras tanpa minyak sehingga warna keperangan dan kemudian kisarkannya hingga jadi serbuk halus.
1. Setelah kita gunakan air rendamannya, kita tapiskan beras tersebut dan tunggu hingga agak kering.
2. Ambil beras tadi kemudian sangaikan. Iaitu goreng tanpa minyak sehingga beras tersebut kelihatan keperangan.
3. Selepas beras di sangai sudah mulai sejuk, terus blender sehingga menjadi serbuk.
4. Ambil 2 sudu besar susu tepung/susu powder ( tidak kisah apa brand pun) campurkan bersama 5 sudu serbuk beras tadi.
5. Campurkan sedikit air bagi sebatikan campuran beras dan susu tadi kemudian di perahkan sedikit lemon.
Boleh digunakan sebagai skrub keseluruh badan untuk buang sel kulit mati. Paling mujarab, sesuai untuk masalah ketiak yang gelap.
Setelah di sapukan scrub tersebut pada bahagian yang diinginkan, gosok dan biarkan seketika. Setelah itu barulah basuh.
Bila dah siap itu, anda akan rasa betapa lembutnya hasil dari scrub beras tadi. Petua ini sebenarnya membantu kulit membuang sel-sel mati.
Nanti dah baca petua ini, jangan lupa cuba ya!