Tak mudah nak buang jeragat yang sudah meriah di kulit wajah, tetapi kalau dibiar makin teruk lah jadinya. Paling takut jeragat tu makin tebal dan membuatkan kulit nampak gelap.
Jadi suka atau tidak, anda kena juga cari produk yang boleh bantu hilangkan masalah jeragat atau paling jimat guna petua orang lama seperti yang dikongsi wanita ini.
Cerita Puan Asrina Jamiran yang lebih mesra dengan panggilan Kak Sufi
, katanya dia memang suka sangat pakai masker semenjak jadi beautician. Hah, patutlah tahu bab petua cantik!Melalui perkongsiannya, masker adalah diantara rutin wajib penjagaan wajah Kak Sufi.
Apa yang menarik, aktiviti ini boleh buat dengan anak anak. Hasilnya, habis anak dara dapat kulit halus molek. Elok sangat kita kongsi petua orang lama pada generasi muda ini. Jimat poket mak ayah sekali.
Okay ini cara nak elakkan jeragat makin tebal di muka. Nanti amalkan ya.
Jom Buang Jeragat
Apa yang anda perlu ialah:
Segenngam beras
Kunyit hidup
Putih telur
Perahan Lemon / LImau nipis
1. Ambil segenggam beras dan rendam semalaman.
2. Toskan dan tumbuk bersama 1cm kunyit hidup atau boleh juga blend dan gunakan bersama 1 sudu kecil serbuk kunyit. KakSufi guna blend je.
3. Selepas tu campurkan dengan putih telur dan sedikit perahan lemon atau limau nipis.
4. Sapukan ke seluruh muka dan biarkan sekitar 10 minit. Bila dah kering, gosok manja kat semua kawasan masker tu. Kemudian bilas dengan air bersih
5. Untuk hasil yang memuaskan lakukan 2 kali seminggu. Bukan setakat bantu pudarkan jeragat, muka korang rasa anjal lepas pakai.
Senang tak nak cantik? Untuk info, masalah jeragat paling susah nak pulihkan. Jika anda langsung tak pakai pelindung wajah, lagi lah dia makin membiak. Jadi, rajin-rajinkan diri pakai masker ini ya!