Kecantikan

Body Shaming Amylea, Sampai Sekarang Rupa Parasnya Dikatakan Tak Cantik

Share

Nasib orang yang kena body shaming, penyanyi, Amylea salah seorang mangsa yang dikritik tentang kekurangan paras rupa.

Apa yang menarik perhatian, penyanyi dan penyampai radio Dina Nadzir juga mengalami nasib yang sama dengan Amylea Azizan.

Body Shaming Amylea

Berkongsi pandangan sama, Amylea, 37, memberitahu sehingga kini masih ramai yang menganggap dirinya bukan seorang penyanyi yang berjaya disebabkan tidak memiliki paras rupa cantik.

“Sehingga hari ini orang masih bercakap tentang paras rupa saya dan anggap saya tidak berjaya kerana tak cantik,” luahnya menerusi Instagram miliknya.

Bersama kapsyen tesebut, dia turut berkongsi paparan skrin perkongsian Dina mengenai hal itu.

Zaman Kanak-kanak Lagi Kena Ejek

Sebelum itu, Dina mengimbau kembali memori ketika zaman kanak-kanak apabila ada yang mempersendakan warna kulitnya yang terlihat sedikit gelap.

Malah selepas dia bergear artis, ada pula yang mempertikaikan mengenai rupa parasnya.

“Ketika usia lapan tahun, kanak-kanak di sekolah beritahu nama saya sepatutnya Hitam dan bukan Dina. Apabila menjadi penyanyi pada umur 19 tahun, seorang lelaki bertanya kepada pasukan saya sudah tidak ada penyanyi lebih cantik ke?” ceritanya lagi.

Tidak Ambil Pusing Kata Orang

Dalam perkongsiannya itu, Dina berkata dia selalu ingat pesanan penyanyi Allahyarham Adibah Noor agar tidak ambil pusing setiap kata-kata negatif itu.

“Cuba hargai orang penting dalam hidup anda terutama apabila tahu kesukaran yang dilalui. Penghargaan anda sungguh bermakna buat mereka.”

Jadi kepada anda di luar sana, jangan biasakan diri mengukur kekurangan orang lain walau hanya bergurau. Isu ini sangat sensitif dan kadang boleh makan dalam sampai bila-bila. Nak bahagia, jaga hati dan perasaan orang lain.

 

Published by
Nadia