Kecantikan

Biasakan 8 Langkah Ini, Kulit Jadi Lembap Sampai Jeragat Pun Takut Nak Singgah!

Nak kulit jadi lembap dan selesa bila mekap, anda kena rajin pakai set penjagaan wajah. Kulit wajah terutamanya senang kering dan nampak kusam.

Kemudian, kalau kanda pakai makeup nampak crack sebab muka tak dapat kelembapan yang diperlukan. Tak payah kalut-kalut, ikut sahaja tips mudah ni.

Kulit Jadi Lembap Ikut Tip Ini

1. Jangan terlebih cuci muka, nanti kulit kering!

Mungkin anda rasa mencuci muka dengan kerap kulit wajah anda lagi lembap. Tapi anda silap! Kalau selalu cuci muka, muka anda lagi senang kering. Anda patutnya apply pelembap kat muka supaya kulit wajah tak senang kering. Buat 2 kali sehari okay. Jangan malas sangat kalau nak cantik!

2. Apply eye cream untuk kurangkan mata panda.

Lebam bawah mata merupakan salah satu musuh utama perempuan. Yelah, kalau dah cantik-cantik makeup tapi mata lebam pun spoil juga.

Tip senang, rajin-rajinlah apply eye cream bawah mata tu. Kalau tak  ada eye cream, guna ais pun boleh. Urut pelan-pelan bawah mata, kuranglah sedikit lebam mata.

3. Urut ais pada muka kalau tak nak makeup cakey atau guna sahaja serum.

Ini tips paling senang sebenarnya kalau anda takut makeup cakey, cuba apply ais dan urut pelan-pelan sekitar muka. Ais ni bukan sahaja dapat bantu kulit anda lembap malah melancarkan peredaran darah sekeliling wajah. Kalau tak ada ais, anda boleh sahaja pakai serum.

4. Letak pelembap kat bibir, elak masalah bibir kering.

Kurang air dalam badan bukan sahaja effect kulit muka, bibir pun boleh kering. Pernah tak bibir kering merekah sampai berdarah? Sakitnya, tambah-tambah lagi girls yang selalu apply lipstick maka makin keringlah bibir tu!

Kalau anda nak bibir kekal moist, seeloknya malam sebelum tidur apply Vaseline di bibir untuk kembalikan lembapan. Kalau suka pakai lipstick, pastikan guna jenis oil based.

5. Apply mask muka setiap malam. Bangun nanti muka kekal lembap.

Kalau kulit muka jenis yang kering, anda kena apply mask setiap malam. Barulah muka anda nampak glowing bangun nanti.

6. Bukan muka sahaja, badan pun perlukan lembapan!

Kalau anda kerja dalam suasana berhawa dingin, kenalah pastikan kulit anda dilindungi dengan kelembapan yang secukupnya. Kalau kulit kering, anda akan rasa tak selesa.

7. Lindungi solekan dengan face-mist.

Kadang-kadang bila dah bersolek benda paling tak best ialah makeup crack akibat kulit kering. Untuk melindungi makeup, anda kenalah rajin sembur face mist kat muka. Face mist boleh bagi kelembapan segera pada muka dan juga membantu solekan korang tahan lama.

8. Nak nampak berseri? Cuba solek nipis.

Apply semua langkah di atas kemudian calit sedikit makeup dekat muka. Jangan banyak-banyak sebab makeup tebal boleh jadi punca kulit muka kering juga. Cukup sampu pemerah pipi sedikit dan kalau rajin pakai maskara. Terus naik seri!

Jadi buat anda yang nak kulit lembap tanpa masalah jeragat dan mekap lebioh smooth tak cepat cair, boleh cuba jadikan rutin langkah yang dikongsikan di atas.

Selamat bercantik-cantik cara mudah!

 

Nadia

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan