Kecantikan

Bertuah Orang Ada Lesung Pipit, Manis Dan Nampak Awet Muda!

Share

Bertuah orang yang ada lesung pipit, auto akan nampak manis dan awet muda. Mana tidaknya, setiap senyuman mempunyai aura istimewa kerana lekuk pada wajah ini jadi bonus untuk naikkan seri. Sekali senyum, tergoda!

Biasanya lesung pipit akan terlihat pada kedua-dua belah pipi, tetapi ada yang memiliki lesung pipit hanya pada sebelah bahagian pipi.

Di sebalik manisnya senyuman anda, ikuti beberapa fakta dan kelebihan lesung pipit yang mungkin belum pernah anda ketahui sebelum ini.

Bertuah Orang Ada Lesung Pipit

Berikut adalah 5 fakta dan kelebihan lesung pipit yang menarik untuk anda tahu.

1. Hanya 20% Manusia Yang Memilikinya

Seperti statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit.

Sebenarnya ini adalah satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui ramai.

Jadi, anda bukan saja salah satu daripada mereka yang amat bertuah, tetapi juga sangat unik!

2. Ramai Yang Tertarik Dengannya

Tak kiralah bagaimana rupa atau ‘mood’ anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa.

Ini sudah cukup kelihatan asli dan berhasil ‘mengaburi’ mereka yang memandang anda.

Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang.

3. Anda Kelihatan Lebih Muda

Perasan tak, orang yang ada lesung pipit ini nampak ‘baby face’ sangat! Saintis sendiri mengakui bahawa kelebihan lesung pipit ini menjadikan seseorang kelihatan muda walaupun semakin berusia.

Ini kerana, lesung pipit amat sinonim dengan bayi atau anak kecil.

Secara tidak langsung, bahagian otak kita secara automatiknya akan menerima maklumat ini dan memainkan peranan untuk memberitahu kita maklumat ini setiap kali memandang lesung pipit seseorang.

4. Nampak Lebih Ceria

Setiap kali anda tersenyum, orang sekeliling turut terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan oleh anda.

Malah, ada orang yang melihat anda akan rasa seperti ‘ditusuk’ terus hingga ke jantung.

5. Ramai Selebriti Menjadi Lebih Popular Sebab Berlesung Pipit

Menurut laman web Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit.

Walaupun kebanyakan daripada mereka memilikinya secara semulajadi, ada juga yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan ini.

Bagi yang belum tahu, mesin untuk mencipta lesung pipit ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1936.

Hebat bukan penangan lesung pipit ini?

Lesung Pipit Boleh Menjadi Pudar

Sungguhpun lesung pipit ini selalunya diwarisi oleh genetik, anda tidak semestinya akan memilikinya buat seumur hidup.

Ramai yang tak tahu bahawa lesung pipit masih boleh memudar dan seterusnya menghilang bergantung kepada otot wajah anda.

Selain dikaitkan dengan pertambahan berat badan, proses penuaan juga adalah antara faktor yang menjadikan lesung pipit yang dimiliki semakin kurang kelihatan.

Namun, macam mana pun rupa fizikal yang Allah kurniakan, kita seharusnya sentiasa bersyukur dan memandangnya dari sudut yang positif. Hargai sahaja wajah anda walau tanpa kesung pipit!

Published by
Nadia