Melihat penampilan si cantik Nelydia Senrose yang kini sudah berhijab setelah pulang dari melakukan umrah Disember lalu.
Dia tampil santun dengan hijab digayakan menyerlahkan lagi keserian wajah adik kepada Uqasha Senrose ini.
Biarpun tidak memberitahu secara langsung perubahan dirinya, tetapi Nelydia akui dia kini dalam proses pembelajaran berhijrah dan mohon dirinya diberi istiqamah.
“Saya mahu jalani proses penghijrahan ini selangkah demi selangkah tetapi pasti… Saya memang ke arah itu. Saya cuma tidak berani cakap lebih.
“Saya tidak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus Z. Budak belajar berenang pun tidak dicampak terus ke tempat dalam… Bimbang lemas.
“Sama juga seperti saya yang masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam.
“Kebetulan kita hendak sambut Ramadan, ini salah satu cara untuk menghormati bulan itu,” katanya kepada BH Online.
Nelydia yang juga adik kepada Uqasha Senrose berkata, dia mahu menjadi muslimah yang lebih baik.
“Sekembali dari umrah, saya perlahan-lahan bertudung. Dapat berkunjung ke Arab Saudi, dikira lokasi itu sesuai untuk kita berhijab.
“Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit… Aturan itu sangat cantik,” katanya yang menikahi ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
Ads
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.
“Hari ini okay, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” katanya yang tidak gentar keputusan bertudung menjejaskan karier seninya. Malah, akuinya, beberapa projek telefilem bakal dijayakannya.
“Saya percaya Tuhan itu pemegang rezeki kita. Saya tak gentar dan takut. Setiap daripada kita ada ujian masing-masing.
“Boleh jadi kalau Tuhan sekat rezeki kita, itu adalah sesuatu yang baik. Demikian juga jika beroleh rezeki, ia mungkin boleh memudaratkan kita.
“Saya percaya apa yang berlaku, contohnya, tiada rezeki berlakon itu bermakna Tuhan melindungi kita untuk sesuatu yang lebih baik,” katanya lagi.
Sebelum beli dan pakai, sebaiknya anda kena pandai padankan warna tudung ikut tona kulit. Barulah naik seri dan nampak cantik terletak di muka.
Malahan jika anda kurang gemar mekap pun, tetap nampak ‘helok’ dek kerana pandai suaikan warna tudung dengan tona kulit wajah.
Nah, buat anda yang masih mencari tema yang sesuai untuk dijadikan penampilan raya tahun ini, boleh guna tips ini ya!
Padankan Warna Tudung Ikut Tona Kulit, Barulah Naik Seri Si Pemakai
Anda perasan tak kadang-kadang kita tengok orang pakai tudung colour silver cantik tapi bila kita pakai tetiba rasa kulit jadi kusam?
Sebenarnya ada beberapa tip untuk pilih warna tudung ikut tona kulit kita.
Sebelum itu, anda kena tahu warna tona kulit anda dulu ok! Mungkin bagi anda rasa leceh tetapi kepuasannya anda akan nampak lebih berseri bila pakai warna yang tepat.
1. Kulit hitam manis
Perlu: Warna pastel atau keemasan, jadi warna-warna ini akan cerahkan lagi kulit anda.
Jangan: Warna malap seperti hitam, coklat, atau oren gelap.
2. Kulit sawo matang
Perlu: Warna pastel dan warna gelap adalah yang terbaik. Contohnya warna pink belacan, biru gelap, lavender.
Jangan: Elakkan warna seakan kulit kita seperti chocolate or kuning pekat.
3. Kulit kuning langsat
Perlu: Warna cerah macam pink, biru dan kuning adalah yang terbaik. Warna-warna ini bagi nampak freshy.
Jangan: Elakkan brown, grey, hitam sebab boleh buat anda nampak kusam.
4. Kulit cerah
Biasanya orang yang berkulit cerah boleh pakai banyak colour.
Perlu: Boleh pakai warna solid seperti hijau, merah, biru, hitam dan ini lagi nampak extra.
Jangan: Elakkan warna pastel, lebih-lebih lagi kalau anda jenis tak suka mekap. Nanti nampak air wajah yang pucat dan tak bermaya.
Semua ni based on anda punya preference juga sebenarnya. Dan ini hanyalah cadangan untuk naikkan seri penampilan anda nanti. Jika rasa masih suka dengan warna sebaliknya, anda boleh ubah cuma kena pandai main solekan.
Semoga bermanfaat buat anda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik dan anggun dengan auranya, pelakon, penyanyi dan usahawan wanita Malaysia, Noniswara kelihatan masih jelita dan berseri walau sudah berusia 54 tahun.
Dramatis terkenal kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini baru sahaja kehilangan suaminya tahun lepas selepas diserang strok.
Rutin Noniswara Jaga Kulit
Memetik perkongsian Datin Sri Noniswara tentang rahsia kecantikannya, ibu anak tiga ini mendedahkan beliau tidak mengamalkan sebarang petua.
Bagi Datin Noniswara, cukup sekadar konsisten dengan rutin asas sahaja untuk kekal cantik dan sihat. Baginya apa yang penting elakkan stres yang menjadi punca penuaan awal.
Penjagaan asas kulit amat penting, setiap hari Noniswara akan pastikan menyapu pelembap pada kulit wajah bagi mengekalkan kelembapan pada kulit. Sebab kulit yang kering akan mempercepatkan proses penuaan.
Kongsinya, “Saya juga banyak banyak beriadah termasuklah sentiasa menjaga ‘kolam jiwa’ agar sentiasa gembira dan bahagia.”
Untuk rekod, suami kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu arwah Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad telah meninggal pada Oktober tahun 2023 di sebuah hospital swasta.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Khas untuk anda yang nak lembapkan kulit, anda boleh cuba pakai petua ini, sejenis masker kunyit juga tetapi bahannya mungkin berbeza daripada yang lain.
Menurut seorang wanita yang kongsi petua ini, katanya petua ini daripada amalan orang India. Sebab itulah kebanyakan artis Bollywood mukanya bersih dan cantik.
Jom tengok macam mana cara nak buat ya.
Lembapkan Kulit Cara Jimat, Pakai Je Masker Beras Kunyit!
⠀ Bahan-bahannya:⠀
Segenggam beras (rendam 2jam)⠀
1 inci kunyit hidup⠀
1 sudu jus lemon/limau kasturi⠀
1/2 cawan air⠀
2 biji sengkuang cina (untuk lembabkan kulit). Kalau tak ada pun tak apa.
⠀ Cara-caranya:⠀
1. Blend semua bahan ini.⠀
2. Simpan selama 1 jam⠀
3. Buang air kat bahagian atas. Ambil mendaknya sahaja.⠀
4. Sapu kat muka sambil gosok-gosok seluruh muka kecuali mata.⠀
5. Biar 10-15 minit kemudian cuci bersih.⠀
Selepas anda bilas muka, anda akan rasa nak pegang muka selalu sebab muka jadi lembut dan gebu. Anda pakai seminggu pun dah rasa perubahan, yang menarik parut nipis-nipis pun boleh hilang.
Owh ya, kalau pakai masker ni jangan lama sangat ya. Takut kesan kuning tu melekat di wajah anda. CUkup dalam 10-15 minit.
Jadi mudah kan? Sambil masak tu boleh lah buat. Pakai sekejap pun boleh, janji hasilnya kulit lembap tanpa perlu pakai pelembap yang dijual di kedai. Jimat poket anda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!