Solek Tebal Punca Kulit Kering Ketika Berpuasa, Elak Kalau Tak Nak Wajah Kusam!

Share

Kekurangan minum air di bulan puasa akan menyebabkan kulit mudah kering, lebih-lebih lagi jika terdedah pada penghawa dingin di pejabat setelah seharian bekerja.

Jika anda kurang minum air sepanjang berpuasa, kulit akan kelihatan kering dan pucat. Jadi anda boleh menutup wajah polos dengan mekap nipis yang akan naikkan seri semula jadi.

Nah, ini sedikit langkah mekap yang boleh anda amalkan.

1. Sapu pelembap, nak-nak kalau anda bekerja dalam aircond. TEtapi duduk rumah pun sangat digalakkan pakai.

2. Tutup liang pori terbuka dengan pakai primer, ini jadikan kulit anda lebih berseri tanpa cela.

3. Pakai sunscreen, wajib ya! Lindungi kulit daripada masalah jeragat dulu sebelum sapu mekap.

4. Kalau suka pakai bedak, pilih bedak tabur yang jenis translucent powder, yang tidak mengandungi warna.

Solek Tebal Punca Kulit Kering Ketika Berpuasa, Elak Kalau Tak Nak Wajah Kusam!

Apabila dehidrasi terjadi ketika berpuasa, kerosakan kulit menjadi lebih parah sekiranya langkah pencegahan tidak diambil segera.

Berikut antara langkah pencegahan boleh diamalkan untuk elak kulit kering ketika berpuasa.

1. Minum Banyak Air Kosong Setika Bersahur & Selepas Berbuka

Air bukan hanya menghidrat dan melembapkan kulit, malah membuatkan anda dapat menahan lapar serta berfungsi dengan baik sepanjang hari.

Secara purata tubuh memerlukan lapan gelas air sehari. Elakkan minuman seperti kopi dan teh kerana ia bersifat diuretik atau mendorong pengeluaran air kencing. Anda juga boleh makan buah-buahan segar ketika berbuka atau bersahur untuk menambah kandungan air dalam tubuh.

Apabila pergi ke surau atau masjid untuk solat Tarawih, bawalah botol air. Anda boleh minum selepas selesai rakaat kedua, keempat, keenam dan seterusnya. Melalui cara ini, anda dapat menambah pengambilan air secara sedikit demi sedikit.

2. Kurangkan Penggunaan Solekan Tebal

Jika anda seorang yang gemar mengenakan solekan tebal, seeloknya ia diminimumkan seketika sepanjang Ramadan. Selain mengelakkan kulit kering, ia dapat merehatkan kulit dari bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik.

3. Sentiasa Segarkan Wajah Dengan Semburan Air Mineral

Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh dikekalkan dengan semburan air mineral ke wajah untuk mengelakkan kekeringan. Anda juga boleh meletakkan bekas berisi air di meja (yang tidak ditutup) untuk melembapkan udara.

4. Guna Kosmetik/Krim Perawatan Mengandungi Pelembap

Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting ketika berpuasa puasa. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim khas melembapkan bagi memaksimumkan fungsinya.

5. Elak Guna Sabun pH Terlalu Kuat

Selain pelembap, pilih sabun atau cecair mandian dengan pH seimbang, sesuai keadaan kulit masing-masing. Elakkan sabun yang sifatnya terlalu kuat dan boleh mengeringkan kulit.

6. Sentiasa Lakukan Rejim Penjagaan Kulit

Pastikan rejim penjagaan kulit seperti biasa agar kulit kekal sihat selama menjalankan ibadat puasa dengan rutin membersihkan wajah, eksfoliasi serta melembapkan kulit. Cara ini akan membuat kulit terhindar dari masalah yang merosakkan penampilan.

7. Ambil Makanan Kaya Serat

Selain melakukan penjagaan luar, anda boleh menjaga kesihatan kulit dari dalam dengan mengambil makanan kaya serat seperti buah, kekacang, ikan dan makanan berserat agar kulit sentiasa sihat sepanjang bulan ini.

8. Ambil Yogurt Untuk Kesihatan & Kecantikan Diri

Yogurt antara makanan yang baik untuk kesihatan maka ia elok diambil sepanjang Ramadan ini. Jika dapat menjadikan pengambilan yogurt sebagai amalan sepanjang hayat, ia lebih baik. Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt dapat memberi nutrisi pada kulit secara optimum. Ambil semasa bersahur atau berbuka malah jadikan yogurt sebagai pupur kulit untuk kekal berseri.

Artikel Lain: Lebih 40 Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun Dijangkiti Salmonella, Lepas Makan Coklat Kegemaran

Published by
Siti Zurina Mat Saman