Tiada yang mustahil bagi seseorang itu untuk mengamalkan diet dalam proses menurunkan berat badan walaupun ketika di bulan puasa.
Tiada yang mustahil bagi seseorang itu untuk mengamalkan diet dalam proses menurunkan berat badan walaupun ketika di bulan puasa.
Paling penting ada keinginan dan kesungguh agar misi mendapatkan berat ideal menjeLang Syawal tercapai.
Perkongsian wanita ini yang berjaya menurunkan berat 10 kg Ramadan lalu dengan mengamalkan cara ini.
Dalam sebuah posting di laman Facebook, Wani Mustafa telah berkongsikan menu makanan yang diamalkannya sepanjang bulan Ramadan bermula dari menu sahur, menu berbuka, termasuklah sekali dengan menu moreh di samping tips-tips lain yang membantunya mengurangkan berat badan.
Usaha yang dilakukan Wani itu sebenarnya bertujuan supaya membolehkan dia memakai pakaian yang diinginkannya menjelang hari lebaran.
Tips Diet di Bulan Ramadhan:
Wani berjaya turunkan berat 10KG tahun lepas dan tahun ni wani nak turunkan lagi 4KG. raya nanti boleh la pakai kebaya merah size xs.
So Wani nak share tips dan cara Wani diet sepanjang bulan puasa ni:
1. Boleh makan roti wholemeal, untuk roti wholemeal ini boleh makan dengan telur hancur ke ikut kreativiti masing-masing.
2. Ambil segenggam nasi biasa atau paling bagus untuk diet BROWN RICE.
3. Kurma rendam dalam air sebelum tidur dan makan masa sahur.
4. Biasanya Wani ambil 3 roti wholemeal cicah dengan Mila Coklat Slym, itu je
Kenyang sampai berbuka. Sebab dalam Mila Coklat Slym ada rolled oat, badam, kurma so dah cukup bagi rasa kenyang dan bekalkan tenaga seharian Wani. Kalori dalam Mila Coklat 110 kalori sahaja tapi kenyang macam makan nasi 200 kalori. Tapi kalau jenis kena makan nasi boleh ambil nasi takda masalah.
1. Minum segelas air masak dan makan kurma (sunnah guys kena ikut pahala lebih).
1. Boleh makan roti wholemeal letak peanut butter
2. Makan buah-buahan. Buah favourite Wani adalah tembikai dan limau
3. Minum teh detox (takda gula guys, apa-apa jenama pun takpe)
4. Atau boleh ratah lauk-lauk berbuka tadi tapi ratah lauk means ikan ayam je bukan ratah sekali kuah-kuahnya okey.
Biasanya Wani memang tak makan dah lepas berbuka sebab memang kenyang. Tapi Wani nak bagi tips juga untuk rujukan lain kot lepas terawih lapar kan?
Kalau larat korang exercise 20/30 minit setiap hari. Atau boleh gantikan exercise dengan kemas rumah asalkan berpeluh ye.
Okey itu je. Kalau ada apa2 soalan boleh tanya nanti wani jawab ye.
Share jika bermanfaat.
-Wani Mustafa-
Artikel Berkaitan:
Hilang 3 KG Seminggu Dengan Minum Air Rendaman Bawang Putih. Misi Kurus Sebelum Syawal!
Lepas Habis Pantang Perut Nampak ‘Flat’. Scha Alyahya Dedah Rahsianya Amal Menyusu Badan!
Bahaya Guna Kertas Surat Khabar Serap Makanan Bergoreng. Rupanya Boleh Undang Kanser!