Berat Bertambah 18KG Sepanjang Hamil, Neeofa Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Nama Muhammad Bilal

Share

Menjadi kebiasaan bagi wanita yang hamil pasti akan mengalami pertambahan berat badan yang mendadak.

Begitu juga situasi yang dialami oleh pelakon dan pengacara Neelofa yang turut melalui pengalaman sama.

Walaupun berat badan naik, namun seri ibu mengandung tetap terserlah kecomelannya.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, beliau memberitahu berat badannya bertambah 18 kg sebelum selamat melahirkan seorang bayi lelaki Sabtu lalu.

Neelofa selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan, di sini , jam 3.44 petang, kelmarin.

Suaminya yang juga pelakon, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz meluahkan rasa syukur apabila segala urusan bersalin berjalan lancar.

Katanya, bayi sulung mereka diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.

“Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Riz, mereka merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan mereka.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya lagi.

Pasangan ini berkahwin pada Mac tahun lalu. Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah atas kelahiran cahayamata sulung Neelofa dan Riz.

Artikel Berkaitan:

Tiada Selera Punca Kunyah Ais Waktu Hamil. Pakar Nutrisi Jelaskan Kesannya Pada Ibu Mengandung!

Berat Tak Pernah Cecah 50KG Kecuali Hamil. Mila Jirin Kongsi Rahsia Kekal Kecil Molek!

Lenyap 25KG Lepas 3 Bulan Buat Kaedah Bariatrik. Lelaki Gembira Masalah Dengkur & Micro Sleep Hilang!

Published by
Siti Zurina Mat Saman