‘Beautiful Queen…” Netizen Puji Penampilan & Keperibadian Tengku Permaisuri Norashikin, Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-50

Ramai yang terpegun melihat kecantikan dan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin yang mencemar duli menerima undangan istimewa sebagai daripada Bilik Berita RTM untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana di Studio Wisma Berita, Angkasapuri bersempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75, 1 April lalu.

Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 2 dekad sejak tahun 1996 dan kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016.

Dan tanggal 4 Jun merupakan hari ulang tahun kelahiran DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang ke 50.

Hebahan ini dikongsi melalui laman Instagram Selangor Royal Official yang mendoakan Tuanku berada dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

4 Jun 2021 ~

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-50 Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat.

Daulat Tuanku!

Biarpun usia sudah mencecah separuh abad, namun kecantikan dimilki Tengku Permaisuri Norashikin membuatkan ramai yang tertawan.

Malah warganet juga turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran untuk baginda Tuanku dan memuji kecantikan dimiliki permaisuri kesayangan ramai ini.

bawangmerahx Beautiful queen

khadyjah.suraj : happy birthday Tuanku Permaisuri. cantiknyaaaaaa TP

eve_evlynn Assalm, Happy birthday Tuanku Permaisuri. So beautiful 

hanizz18 Dirgahayu Tuanku Permaisuri. Gorgeous and stunning. Love you

rohananini Hapy bday.. she’s so pretty..

edabinafsha Hb Tuanku Permaisuri yg jelita

Tengku Permaisuri Norashikin diijabkabulkan dengan Sultan Sharafuddin oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan baginda berdua berlangsung secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.

Lima tahun bergelar Permaisuri Selangor, penampilan baginda ketika berada di khalayak memang sering mencuri perhatian.

Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian dan penampilan baginda yang sangat menyenangkan.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran dan semoga baginda Tuanku akan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Kredit Foto: Instagram Selangor Royal Official

Artikel Berkaitan:

“Tetap Menawan…” – Tengku Permaisuri Norashikin Cemar Duli Baca Berita RTM, Muncul Lepas 5 Tahun

 

 

Siti Zurina Mat Saman

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan