Kecantikan

Bahaya Ada 4-MBC Dalam Sunscreen, Jom Semak Dulu Sebelum Guna!

Share

Eh, rupanya kalau ada 4-MBC dalam sunscreen memang tak elok untuk kita pakai, nak tahu kenapa?

Okay, jom baca perkongsian saudari Hazwani berkenaan bahan set penjagaan wajah ini.

Bahaya Ada 4-MBC Dalam Sunscreen

Baru-baru ini trending di social media berkenaan dengan kenyataan from European Union cakap sunscreen yang ada 4-MBC ni tak selamat.

Tetapi 4-MBC itu apa? 4-methylbenzylidene camphor (4-MBC) atau nama lainnya, Enzacamene ini bahan yang selalu digunakan dalam skincare dan kosmetik terutamanya chemical sunscreen.

Fungsi utama 4-MBC ni berupaya untuk melindungi kulit daripada UV, terutamanys UV B. Kiranya ini bahan yang digunakan untuk SPF products (sunscreen, body lotion) since it is a photo-absorbing UV filter.

Kesan Buruk 4-MBC, Perlu Anda Tahu

1. Mengganggu sistem endokrin yang berfungsi untuk proces hormon dalam badan kita.

2. Mengganggu sistem reproduksi- Walaupun dos yang tinggi dapat ganggu, better untuk kita elakkan sebab selalunya dalam ingredients tak bagitahu dos yang diorang guna

3. Berpotensi untuk mengganggu hormon testosteron pada lelaki

4. Berpotensi merosakkan sel DNA

Apa Nak Buat?

Jadi lebih selamat jika anda semak dulu bahan yang ada dalam sunscreen sebelum beli dan pakai. Boleh baca label di kotak.

Kalau tak pasti juga, boleh try physical sunscreen. Physical sunscreen ini pilihan terbaik untuk anda yang mempunyai kulit sensitif.

IKLAN