Mungkin ramai yang belum tahu, mencuci muka dengan air panas secara berterusan boleh merosakkan kulit wajah.
Rutin mencuci muka dengan air panas akan menyebabkan kulit muka kering dan kusam, pori-pori wajah akan mula kelihatan. Jika rutin ini berterusan, skin barrier akan rosak.
Oleh sebab itu, elakkan mencuci muka dengan air panas. Jika ingin menggunakan air suam, pastikan suhunya tidak tinggi atau suam-suam kuku sahaja, dibimbangi skin barrier rosak gara-gara kegemaran mencuci muka dengan air panas.
@klinikdrhasseenah Cleanser Dr Hasseenah 👉 @Dr Hasseenah #skincareroutine #skincaremalaysia #skincaretips #cleanser ♬ original sound – Dr Hasseenah
Menurut perkongsian daripada Dr Hassenah berkenaan cuci muka, kita biasa letak kat tangan, kemudian bagi berbuih dan ratakan keseluruh muka.
Tetapi sebenarnya cara yang betul adalah letak pencuci muka kat tangan dan kemudian mulakan kawasan t zone sebab di situ kawasan yang lebih berminyak daripada bahagian lain.
Bila pencuci itu banyak dan kita letak di tempat yang lebih berminyak, kemudian baru kita gosok ke bahagian pipi. Cara ini lebih tepat dan membantu kurangkan masalah kulit berminyak.
Apabila skin barrier sudah rosak, kulit muka akan kerap gatal, sensitive terhadap skincare dan mudah diserang jeragat dan tompok sunspot. Tekstur kulit pula tidak licin, makeup cepat merekah dan bertompok-tompok.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya skin barrier rosak?
Perkara yang perlu dilakukan apabila skin barrier rosak adalah dengan mencuci muka dengan pembersih yang lembut dan gunakan sunscreen pada waktu siang. Sebelum tidur, cuci muka dan sapukan toner yang boleh menghidrat kulit diikuti moisturizer.
Sepanjang rawatan skin barrier, elakkan penggunaan skincare yang mengadungi bahan2 pencerah buat sementara untuk mengelakkan berlaku iritasi termasuk kegatalan pada kulit.
Tanda-tanda skin barrier telah pulih, kulit tidak terasa tegang dan kulit terasa lembap. Apabila memakai foundation atau bedak, sapuan mudah rata dan nampak cantik. Tiada lagi sisik, serat atau tompok-tompok yang kelihatan.
Elakkan penggunaan krim yang mengandungi mercury/hydroquinone untuk merawat skin barrier kerana bahan-bahan tersebut akan memburukkan lagi keadaan di mana skin barrier akan menjadi semakin rosak.
Kulit akan kelihatan putih berkilat dan licin seperti lantai mozek tetapi struktur kulit rosak teruk. Akhirnya, kulit yang sudah rosak mudah diserang jeragat tau jerawat kronik yang sukar dirawat.
Tiada pilihan yang lebih selamat melainkan dengan menggunakan skincare yang lembut dan bebas dari bahan kimia yang ekstrim.
Sumber: Dr Hasseenah