Siapa tidak mengenali pelakon berbakat sekitar zaman 90-an, Datin Seri Noniswara Baharudin. Walaupun kini usianya sudah mencecah setengah abad, namun kejelitaan wajah tetap terserlah.
Menjalani kehidupan penuh keceriaan ditemani keluarga serta teman tersayang menjadikan dirinya sentiasa dikelilingi aura positif.
Menyambut ulang tahun ke 50 baru-baru ini, ternyata Noniswara dirai penuh kesederhanaan oleh anak-anaknya.
Mempunyai tiga cahayamata yang meningkat dewasa, Naveer Mihshon Zakaria, 27 tahun, Nur Erysha Emyra, 22 tahun dan Nazeer Danish, 14 tahun.
Namun yang paling mencuri tumpuan adalah gambar dimuat naik gandingan beliau bersama anak perempuannya.
Masing-masing memuji dan mengaku kejelitaan anak perempuan tunggalnya, Erysha Emyra seiras Noniswara sendiri. Malah sekali dilihat seperti adik dan kakak.
Melihat pada pekongsian di laman Instagram Noniswara, beliau rupanya sering mengamalkan gaya hidup sihat dan ceria. Ini agaknya rahsia kecantikan dan kekal awet muda Noniswara.
Biarpun masih aktif dalam dunia lakonan, namun tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada anak-anaknya.
Ayuh kita lihat, kemesraan foto ibu dan anak yang sama cantik sama jelita ini.
Artikel Berkaitan:
Guna Kuasa Solekan Lukis Bendera Palestin Di Wajah, Tanda Solidariti MUA Bellaz
Walau Rai Syawal Di Rumah, OOTD Tetap Onz. Cantik Bergaya Dengan Busana & Mekap On Point!
Nak Wajah Cantik Di Pagi Raya, Ikut Tutorial Mekap Gaya Ringkas Iman Troye