Kecantikan

Amal Minum Air Chia Seed, Kenyang Lama Dan Sedap Rasa Badan

Share

Ada banyak khasiat bila minum air chia seed dan sesuai untuk anda yang diet amalkan pada bulan Ramadan.

Lagi pun mudah sangat nak buat tetapi kesannya kenyang lama. Kemudian bagus sangat untuk kesihatan dan diet.

Amal Minum Air Chia Seed, Kenyang Lama Dan Sedap Rasa Badan

Menurut Puan Nurasykin Ali, resepi ini dia tengok Prof Muhaya yang amalkanvminum air Chia Seed. Sekali cuba, terjebak minum berkali-kali. 

 

 

Bahan-bahan:

2 sudu Chia Seed

1/2 biji Lemon

1 sudu Madu

Setengah inci halia (kak ekin tak letak)

 

Cara-caranya:

Campur Chia seed dalam air suam.

Bila dah sedikit kembang, masukkan perahan lemon dan madu.

Ready untuk diminum. 

 

Banyak kebaikan air chia seed:

  1. Lancarkan penghadaman

2.Menyokong sistem imun

  1. Lancarkan proses penyingkiran toksin
  2. Kulit lebih berseri
  3. Bantu ganti bendalir dalam tubuh, bantu hidrasi
  4. Bagus menurunkan berat badan.

Kalau anda ada stok dary tea pun boleh campur sekali.  Memang sedap rasa badan. Nak-nak buat bersahur, cukup membantu untuk tahan lapar dan sesuai untuk turunkan berat. Nanti cuba ya, semua!

 

IKLAN