Amal Doa Waktu Bersolek, Bukan Hanya Pakai Skincare Saja

Share

Semua wanita nak cantik tetapi tak amal doa waktu bersolek, ruginya! Sebenarnya istilah indah pada rupa perlu lah selari dengan dalaman.

Tidak bergantung kepada penjagaan kulit semata-mata, sebaiknya anda boleh amalkan doa-doa terbaik untuk naikkan seri wajah.

Ini antara dua doa yang terbaik yang sememangnya mempunyai maksud yang baik dan bagus untuk dijadikan amalan sewaktu selepas solat.

Amal Doa Waktu Bersolek, Bukan Hanya Pakai Skincare Saja

Bukan sembarangan, doa ‘pemanis’ wajah ini  adalah doa Nabi Yusuf a.s. Doa ini mempunyai banyak keistimewaannya dan salah satunya adalah jadikan wajah lebih cantik berseri.

Cara-caranya adalah:

1. Baca potongan ayat 4, dalam surah Yusuf sebanyak tiga kali.

2. Kemudian teruskan membaca potongan ayat 39 dalam surah Thaahaa sebanyak tiga kali dan sapu ke seluruh wajah.

3. Lakukan setiap kali sudah solat atau sebelum bersiap.

Doa ini bukan sahaja menyerikan wajah, tetapi boleh juga kalau sang isteri mahukan suaminya terus menyayangi dan sejuk mata memandangnya.

Haaa.. jangan baca saja, pastikan anda amalkan doa-doa ini setiap kali selepas solat atau tengah bersolek.

Selamat beramal!

Published by
Nadia