Air jamu memang terkenal dengan manfaatnya untuk cantikkan badan dan membantu melancarkan masalah dalaman.
Kalau nak makan begitu sahaja, rasanya pelik dan tak mampu nak telan. Jadi untuk mendapatkan khasiat daripada bahan alami ini, eloklah kita jadikan jus dengan merebus beberapa bahan tertentu seperti yang diamalkan oleh Puan Nurasykin Ali ini.
Amal Air Jamu Untuk Segarkan Badan
Dia yang lebih mesra dikenali dengan nama Kak Ekin mempunyai laman sendiri dan akan menggali isi kunyit yang ditanam untuk dibuat jamu bagi segar badan.
Kak ekin memang dari lepas bersalin berjaga-jaga nak makan jamu. Takut susu badan kering dan sembelit.
Tapi jamu yang ni sesuai dengan kak ekin. Badan rasa sedap, lawas angin, buang darah kotor yang masih tersisa dalam badan. Susu badan pun tak efek.
Kak ekin dapat resepi ni dari bibik ibu. Asal jawa. Badan kuat dan masih cantik lagi. Banyak jugak jenis jamu yang dia ajar.
Jamu ketat, jamu kuat, jamu berahi, jamu tegang, jamu kurus, jamu wangi. Macam macam ada. Pening kak ekin nak hadam satu-satu.
So, dah alang kak ekin buat siang tadi. Ni saja kak ekin kongsi “Jamu ringan”. Sesuai minum 2 kali sebulan. Sebaiknya selepas atau hujung haid. Supaya darah yang tersisa dapat keluar lancar, badan rasa ringan dan lawas angin.
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 helai daun pandan (ikat simpul)
2 ketul kunyit hiris
1 ruas halia hiris
2 batang serai (ketuk)
Boleh tambah 1-3 biji limau kasturi yang dibelah 2 kalau ibu dan anak tiada alergik pada buahan citrus. Elok untuk sesiapa yang nak kurus.
Rebus dengan 1 liter air. Sampai tinggal segelas. Tutup api. Minum ketika suam. Sebelum minum boleh tambah madu dan selawat 3 kali.
InsyaAllah badan akan jadi segar, sedap dan ringan.
Nota: Jangan lupa tapis dulu air nya ye. Takut tercekik hehe. Minum air rebusan je. Bahan tu boleh buang.