Adelia Wilhelmina Turun 10kg, Nak Kurus Lepas Bersalin, Boleh Tiru!

Share

Berwajah cantik dan bertubuh kecil, Adelia Wilhelmina adalah isteri kesayangan Pasha yang juga merupakan vokalis kumpulan Ungu.

Anggun mengenakan hijab sejak tujuh tahun lalu, wanita itu juga memiliki kulit yang licin dan mulus seperti anak dara.

Ditambah pula dengan penampilan diri yang langsing, biarpun sudah bergelar ibu kepada empat cahaya mata.

Adelia Wilhelmina Buat Rawatan Kecantikan Di Rumah

Akui empunya diri, tiada sebarang rahsia kecantikan yang beliau praktikkan.

Sebaliknya, empunya diri yang mesra disapa Adel hanya melakukan rutin biasa di rumah.

“Saya hanya akan berkunjung ke pusat rawatan kecantikan jika ada masa. Selebihnya, saya hanya melakukan rawatan wajah di rumah sahaja menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit,” ujar beliau.

Berat Naik Jadi Punca Amalkan Diet Sihat

Akuinya, selepas kelahiran anak keempat, beliau mengalami masalah berat badan yang kurang memberangsangkan iaitu mencecah 63 kilogram (kg).

Atas saranan doktor, beliau mengamalkan dua rejim diet sihat bagi mengembalikan berat badan ideal.

Hasilnya, tuan punya badan berjaya menurunkan 10kg dalam tempoh tiga bulan.

“Dari segi pemakanan, saya tidak memilih. Cuma apabila rasa berat badan semakin bertambah, saya akan praktikkan ‘clean eat’ dengan amalkan pengambilan makanan kurang berminyak dan karbohidrat.

“Apabila berat sudah turun, saya makan seperti biasa. Nama pun manusia, kan, pasti ada keinginan untuk mencuba makanan yang enak.

“Selain menjaga pemakanan, saya juga melakukan senaman ringan seperti menaiki threadmill, berjalan-jalan di sekitar rumah selama 45 minit hingga 60 minit,” ujar pengedar rasmi jenama Sebawang di Indonesia itu.

Berhenti Kerja Demi Anak-anak

Biarpun sebelum ini beliau bergelar pramugari Lion Airlines, namun demi memberi tumpuan kepada keluarga terutama membesarkan anak-anaknya, personaliti terkenal tersebut sanggup berhenti kerja.

Untuk rekod, Pasha dan Adel mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Kayla Mutiara Pasha.

Published by
Nadia