Ada Pakej Jadi Model, Tapi Selesa Pilih Bola Sepak. Diiktiraf Pemain Paling Cantik Di Dunia!

Share

Ada Pakej Jadi Model, Tapi Selesa Pilih Bola Sepak. Diiktiraf Pemain Paling Cantik Di Dunia! Siapa sangka sekali pandang lagaknya seperti supermodel dengan ketinggian mencukupi serta dikurniakan seraut wajah yang cantik.

Namun rupanya wanita tinggi lampai ini,  Ana Maria Markovic lebih senang memilih kerjaya sebagai pemain bola sepak wanita berbanding menjadikan bidang peragaan sebagai pekerjaan tetap.

Berbekalkan kecantikan yang diwarisi oleh ibunya, Markovic juga turut aktif dalam bidang peragaan tetapi hanyalah sebagai mencari pendapatan sampingan.

Ada Pakej Jadi Model, Tapi Selesa Pilih Bola Sepak

Artikel Lain:Tampil Cantik & Lebih Kurus. Ini Rahsia Datuk Seri Vida Nampak Slim & Makin Lawa

Kecintaannya dan fokus utama wanita ini lebih kepada dunia lebih mencabar, sukan bola sepak yang diminatinya sejak kecil lagi.

Bagi Ana Maria Markovic, wanita kelahiran Switzerland itu kini mewakili pasukan kebangsaan Croatia dan bermain untuk kelab Switzerland, Grasshopper.

Penampilannya yang tangkas di padang sangat memukau dengan gayanya yang menawan menjadikan dirinya sangat mencuri tumpuan dunia.

Malah dirinya juga muncuk menjadi antara  antara berita sensasi media sosial tahun ini. Bukan itu saja, beliau Markovic yang berusia 22 tahun ini juga turut mendapat jolokan pemain bola sepak paling cantik di dunia.

Artikel Lain: Berdarah Campuran Melayu-Kanada, Patut Farah Ann Sering Tumpuan. Ini 10 Fakta Menarik Ratu Gimnas Negara!

Lihat sahaja setiap beraksi dengan set lengkap jersey yang tersarung dibadan serta boot menjadikan gayanya sangat menarik sebagai seorang pemain bola sepak.

Popularitinya di media sosial semakin meningkat apabila sejak enam bulan lalu hampir berjaya menggandakan pengikut di laman Instagram dengan melepasi angka sejuta peminat di platform tersebut.

Namun begitu bagi wanita ini, dia sebenarnya lebih selesa dikenali sebagai pemain bola sepak paling cantik di dunia, empunya diri bagaimanapun tidak gemar jika ada media yang menggambarkannya sebagai seksi.

Diiktiraf Pemain Paling Cantik Di Dunia

“Saya suka ada artikel yang menyebut saya pemain bola paling cantik atau salah seorang yang paling cantik. Itu membuatkan saya senang mendengarnya.

“Pun begitu, ada juga media lain yang menggambarkan saya sebagai pemain paling seksi. Saya tidak suka.” ujar beliau yang menceburi sukan bola sepak ketika usia 14 tahun.

Dalam portal Wolipop melaporkan, Markovic pernah ditanya yang mana satu tim bola sepak kegemarannya?

“Chelsea Dan tentu saja saya mahu ikat kontrak dengan Chelsea,” ungkapnya yang menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai idolanya kerana kagum dengan etika kerja pemain terkenal tersebut.

Dalam pada itu, keberaniannya wanita tersebut sangat terserlah apabila beliau pernah bersuara menuntut kesaksamaan dalam sukan bola sepak terutama berkaitan dengan gaji pemain wanita.

Terbaharu tentang dirinya, Markovic memuat naik gambar berpakaian seperti kucing menjelang perayaan Halloween.

Namun perkongsian tersebut bagaimanapun dilihat tidak begitu mengujakan. Mungkin kostum yang dikenakan tersebut paling ringkas yang dimilikinya.

Artikel Lain: Tak Pernah Skip Pakai Sunblock Setiap Hari – Rahsia Shakira Maintain Jaga Wajah Di Usia 45 Tahun

Published by
Siti Zurina Mat Saman