Kecantikan

5 Langkah Pakai Sheet Mask Dengan Betul, Barulah Berkesan Pada Kulit

Share

Ini cara bagaimana nak pakai sheet mask dengan betul dan lebih berkesan pada kulit wajah. Barulah hasilnya kulit lembap dan glowing walau anda tak pakai mekap. Cantik secara semula jadi.

Pakai Sheet Mask Dengan Betul

Menurut perkongsian daripada Puan Amyra Zamri

, ada lima langkah untuk pakai sheet mask, jom semak.

Ada yang tertanya-tanya:

“Pakai mask ni sampai kering ke?”
“Kalau pakai malam bawak tidur boleh ke?”
“Lepas pakai sheet mask kena basuh muka ke tak?”

Sebelum itu, sheet mask sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk untuk mendapatkan effect lebih fresh semasa memakai sheet mask dan make sure sebelum buka, picit-picit seluruh packet untuk memastikan penyerapan penuh pada seluruh permukaan mask.

Jadi ini adalah cara memakai sheet mask yang betul:

1. Mencuci muka dengan cleanser terlebih dahulu.

2. Apply toner atau essence.

3. Pakai sheet mask selama 15-20 minit sahaja. Lepas tanggal mask, tak perlu basuh muka.

4. Memakai moisturizer.

5. Memakai sunscreen (if time siang. kalau malam tak perlu sunscreen).

 

Kesalahan pakai sheet mask:

Jangan bawa tidur. Jangan pakai sehingga kering sebab kalau pakai sampai kering, sheet mask akan serap semula hydration pada skin kita.

Jangan cuci muka after pakai mask.

Semoga bermanfaat!

IKLAN