Kalau nak cantik, anda kena ambil tahu asas penjagaan kulit dulu. Barulah boleh bawa muka ‘bogel’ ke mana-mana dengan yakin. Serius, tak payah mekap pun cantik!
Ini antara penjagaan kulit wajah dan pilihan antara produk yang terbaik yang anda boleh pilih di drugstore berdekatan.
Cleanser (siapa yang pakai makeup kena remove dulu dengan makeup remover sebelum cuci muka)
Scrub
Toner
Mosturizer
Sunscreen
Lima benda saja, anda wajib kena ada. Anda boleh pilih bergantung kesesuaian jenis kulit muka hampa okey. Jemput amalkan, semoga membantu anda yang masih tercari cari produk yang sesuai dan terbaik.
Kenapa pilih produk drugstore? Sebab dijamin tiada bahan kimia, selamat dan murah. Setiap info lengkap ada di setiap gambar. Tapi sebelum ambil apa-apa produk tolong kenal pasti dahulu kulit muka jenis apa.
KERING – kurang air, kurang lembap, muka tidak glowing dan kusam.
BERMINYAK- satu muka sangat berminyak
KOMBINASI – T zone berminyak (dahi, hidung, dagu) dan pipi kering.
SENSITIF – mudah naik ruam dan gatal gatal
NORMAL- tidak terlalu kering dan tidak terlampau berminyak
1. Sebelum tidur cuci muka sahaja tanpa letak apa apa skincare kemudian tidur. Bangun pagi je pagi buat test: oil control paper / tisu (potong cebisan 7 bahagian)
2. Tempek di dahi, hidung, 2 belah pipi, dagu dan 2 belah rahang pipi.
3. Tengok paper/tisu tu melekat di bahagian mana:
Semua melekat (berminyak)
Melekat di T zone (kombinasi)
Jatuh semua (kering)
Nak lekat tak nak lekat je (normal)
Kalau muka sensitif pun kena test sama ada sensitif dan berminyak, sensitif dan kering atau sensitif dan kombinasi. Okey? Dah tahu kulit muka jenis apa? Senang lah nak membersihkan, merawat dan melindungi kulit.
Ini di antara produk yang elok anda boleh amalkan setiap hari, pilihlah satu yang paling sesuai dengan kulit muka.
Tolong elakkan cleanser yang ada :
Sodium lauryl sulfate ( mengeringkan kulit muka )
Alcohol ( mengeringkan kulit muka )
Fragrance ( kulit sensitif akan lebih bermasalah )
Cuci muka paling bagus lepas buat aktiviti kat luar, lepas masak, terdedah dengan habuk dan sebelum tidur. Tidak digalakkan cuci muka waktu pagi sebab setiap pagi muka masih fresh dan lembab. Elok kekalkan kelembapan tu dengan cuci dengan air biasa sahaja.
Lagi satu setiap kali cuci muka kurangkan kuantiti cleanser tu, okey. Jangan letak selambak lepas tu buat cuci muka. Picit sebesar hujung jari kelingking sahaja. Yang pakai makeup, jangan lupa remove dulu makeup dengan makeup remove apa-apa brand yang free alcohol, free fragrance. Lagi elok produk tu berasaskan water base baru la cuci muka bagi bersih, lap pakai tuala yang bersih atau tisu paper.
Kenapa perlu scrub? Kerana kulit kita selepas 26 hari akan tertanggal sel kulit mati dan salin kulit baru. Kulit mati itulah yang akan menyumbatkan pori-pori muka kita ia mengakibatkan muka naik jerawat, ada blackhead dan whitehead di muka. Jadi apabila kita scrub inilah yang membantu untuk tanggalkan sel kulit mati dari muka kita.
Buatlah dalam 1-3 kali seminggu. Elakkan pakai scrub yang butirnya kasar kerana akan melukakan kulit muka kita dan muka akan cepat rosak. Pilih scrub yang halus sahaja dan dalam proses scrub pada muka tu buatlah secara pelahan-lahan sahaja kerana kulit muka kita sangat lembut. Ini antara produk scrub yang bagus yang boleh try.
Toner membantu seimbangkan Ph muka kita, kerana cleanser bersifatkan alkali selepas kita cuci muka Ph muka kita akan naik sedikit dari Ph asal dan membuatkan muka menjadi kering. Jadi dengan memakai toner ini akan membantu seimbangkan semula suhu Ph di muka.
Toner dapat mengembalikan kelembapan pada muka kita. Selain itu toner juga dapat membersihkan muka dari kotoran muka kita yang tadi kita cuci dengan cleanser yang masih berbaki. Toner juga ada pelbagai fungsi, memutihkan, anti penuan dan pelbagai lagi.
Jadi anda kena elakkan guna toner yang ada alkohol sebab muka akan jadi kering, cepat bermasalah dan cepat berkedut. Jadi ini di antara toner yang elok yang boleh hampa pilih sebagai skin routine, so pilih yang sesuai dengan kulit muka.
Yang ni part paling penting bagi kekalkan kelembapan kulit muka. Tapi mosturizer juga boleh buat muka jadi tak selesa jadi, seeloknya pilihlah yang sesuai dengan kulit muka. Kulit muka yang berminyak sesuai pakai mosturiser yang berbentukkan gel kerana gel berasaskan air dia tidak akan membuatkan muka kita bertambah berminyak dan akan mengekalkan kelembapan pada kulit.
Pada yang berkulit kering pula sesuai memakai mosturiser berbentuk cream kerana dapat melembabkan lagi kulit yang kering. Macam produk-produk lain juga elak dari produk yang ada alcohol dan fragrance bagi mengelakkan muka lebih bermasalah.
Ini antara produk yang selamat untuk hampa amalkan setiap hari dan sudah siap kelaskan produk tu sesuai untuk kulit berminyak atau kulit kering. So bergantung pada kulit anda. Mosturizer ni jangan tinggal sebelum tidur.
Part last sekali sunblock atau sunscreen. Ini part paling penting untuk follow tau sebab kita ni banyak terdedah dengan cahaya matahari. Jadi pilihlah sunscreen atau sunblock yang ada SPF50 dan PA++ yang dapat melindungi kita dari sinar uvb dan uva.
Sinar uvb menyebabkan kulit muka kita terbakar dan gelap tu. Dan sinar uva pula membuatkan kulit muka kita cepat berkedut dan terdedah dengan kanser kulit.
Jadi kalau nak pilih sunblock atau sunscreen kalau ada spf50 sahaja tapi tiada PA elakkan beli. Kena ada spf50 dan Pa++ dah cukup perfect untuk lindungi kulit di luar rumah atau pun berada dalam kawasan tertutup.
Pakai banyak mana? Sebanyak 2 jari telunjuk dan jari hantu bila disatukan dan kena reapply semula selepas 5jam kerana sunscreen ni akan hilang. Okey, itu sahaja. Selamat mengamalkan penjagaan kulit yang sihat.