Kecantikan

4 Rutin Kecantikan Deena Emir, Patutlah Kulit Cantik Walau Tak Mekap

Share

Cantik molek walau tanpa mekap, isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir cukup menjaga penampilannya.

Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga.

Gaya Elegan Menutup Aurat

Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!

Deena dilihat cukup sopan menggayakan fesyen sebagai seorang isteri, walau sudah berstatus seorang ibu tetapi memilih pakaian labuh dan longgar mengikut syariat Islam.

4 Rutin Kecantikan Deena Emir

Tidak kedekut berkongsi rahsia jaga kulit wajahnya, ini rutin kecantikan Deena di rumah yang anda juga boleh amalkan.

Cukup sediakan pencuci muka dan pakai serum. Kemudian sapu pelembap, walau kulit berminyak anda tetap kena pakai.

Sambung pakai sunscreen walau anda tak keluar rumah dengan mengamalkan kaedah dua jari. Tak kira kulit kering atau berminyak anda tetap kena pakai sunscreen untuk elakkan masalah jeragat.

Pilih sunscreen yang tak ada white cast, untuk selamatkan kulit wajah anda dari peringkat awal. Senang untuk ambil air wuduk pun, tak perlu double cleansing.

Bukan sahaja cantik pada rupa paras tetapi sebaiknya ikutlah cara Deena Emir yang menutup aurat sebaik mungkin. Jom, kita cuba!

Kredit: Deenaemir

Published by
Nadia