2 Sudu Air Beras, Lumur Di Muka Dan Leher. Naik Seri Muka Itu Nanti!

Share

Rupanya air beras yang tengah suam itu cukup bagus diamalkan sebagai kecantikan kulit. Malah, kalau anda buat secara konsisten, naik seri wajah walau tak rajin nak mekap muka.

Cara ini juga boleh cerahkan kulit secara semulajadi, hilangkan parut, galakkan pertumbuhan anak rambut dan lambatkan proses kedut secara semulajadi.

Okaylah jom baca apa yang kita boleh buat dari beras untuk penjagaan kecantikan.

Naikkan Seri Muka

1. Bila nampak nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi, lepas tu lumur kat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering lepas tu bilas okay.

2. Mak-mak yang pucat lepas bersalin, boleh cuba petua nombor dua ni pulak. Ambil secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit. Dah blend, tambah sikit air sejuk. Jadikan pes pekat. Cuci muka, lepas tu lumur muka dan leher dengan pes tadi. Lepas tu bilas.

Cara ni buatkan daki pun tertanggal sekali, meninggalkan muka cerah berseri bak bidadari.

Haluskan Kulit

1. Ada tepung beras?

Haa bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu kat muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh.

Madu ni bagus sebab dia boleh cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecil di muka. Manalah tau kan jari tak boleh duduk diam, asyik dok mengutil jerawat di muka sampai berlubang-lubang.

2. Guna beras pulut hitam pun boleh.

Caranya, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis. Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ni pun bagus untuk kulit muka berminyak.

Cara Penggunaan Air Beras Pada Rambut

– Ambil dua tapisan beras bersamaan dua gelas air dan rendamkan selama 30 minit.

– Pindahkan air rendaman tersebut dalam bekas tertutup rapat supaya tidak terdedah kepada kekotoran.

  • Simpan air beras tersebut pada ruang suhu yang lebih rendah selama dua hari.

Air beras sedia digunakan apabila terdapat sedikit bau masam kerana paras pH telah menurun memudahkan penyerapan nutrisi pada rambut.

Letak Dalam Botol

Antara cara paling mudah adalah dengan meletakkan air beras dalam botol spray.

Fokus pada bahagian bermasalah semasa menggunakan air beras tersebut dan pastikan ia benar-benar menyerap setiap helai rambut dan kulit kepala.

Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kemudian, teruskan dengan syampu dan perapi seperti biasa.

Cara ini adalah lebih efektif bagi mendapatkan hasil pada tahap maksima untuk rambut anda.

Nampak tak, dari segenggam beras tu, macam-macam petua kita boleh buat. Mudah dan ringkas.

IKLAN