2 Minggu Minum Air Asam Keping Setiap Pagi, Rahsia Wanita Kurangkan Sakit Kepala & Kempis Perut

Share

Selalunya orang menggunakan asam keping sebagai bahan tambahan dalam penyedap masakan.

Tetapi sebenarnya asam keping juga dikatakan telah digunakan secara turun temurun dalam membantu mengawal berat badan.

Buahnya mengandungi citric acid, tartaric acid, malic acid, ascorbic acid dan hydroxycitric acid serta flavonoids.

Dari segi perubatan, dipercayai buahnya dapat mengurangkan berat badan, mengatasi masalah obesiti dan menurunkan tahap kolestrol.

Dalam satu perkongsian, Sahiza Mohd memberitahu pengalmannya mengamalkan petua minum air asam keping.

Katanya dia saja mencuba minum air asam keping ni sebab selalu sakit kepala. Selepas 2 minggu, katanya sakit kepala sudah kurang dan secara ‘tak sengaja’ berat badan pun makin turun daripada 65kg kepada 60kg.

Saja nak share hasil amal minum air ASAM KEPING  sebab selalu sakit kepala

Sebab doktor kata aku ada darah tinggi, migrin, resdung tapi tak sangka setelah 2 minggu tak ada dah sakit kepala tuh pastu amalan setiap pagi berat badan pun makin turun.

 

Jadi makin slim dan perut kempis. Dari berat 65 kini 60 kg mana tidaknya habis lemak lemak perut keluar tapi bukanlah cirit ye . So bagi yang nak kurus tu boleh amal benda ni

Patut ah orang dulu dulu selalu amal benda ini sebab bagus untuk yang kerja bawah matahari tak rasa panas kepala. Yang perut buncit akan jadi kempis. Badan pun rasa segar je.

Cara dia mudah saja rendam 1/2 keping asam gelugur/keping  dengan air panas sebelum tidur malam. Bangun pagi minum air rendaman ini sebelum makan pagi.

#sayasharebendabagus

#khasiatasamgelugur

Artikel Berkaitan:

Hanya Minum Air Kosong Ikut Aturan Betul, Rahsia Wanita Ini Kekal Langsing & Berwajah Flawless

Guna Cara IF, OMAD & Water Fasting. Hasilnya Wanita Berjaya Hilangkan 33 KG Sebelum Majlis Kahwin!

Amal Diet Suku-Suku Separuh, Wanita Berjaya Transform Dari Saiz XXL Ke M. Ini Menu Diambil!

Published by
Siti Zurina Mat Saman