Inspirasi

Raja Farah Fokus Keluarga, Ini Perkembangan Terkini Bersama Tiga Orang Anaknya

Share

Lama tidak kelihatan pelakon wanita, Raja Farah di kaca TV, rupanya sekarang dia fokus keluarga dengan mendidik anak-anak di rumah.

Jika dulu, dia cukup aktif dalam industri seni apabila berjaya melonjakkan namanya menerusi lakonan, pengacaraan dan juga model.

Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Raja Farah sudah membintangi banyak drama dan filem. Ini termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal, Sal dan Aku Masih Dara.

Sejak mendirikan rumah tangga, dia yang pernah popular dalam filem Haq ini seakan sepi daripada karier seni dan lakonan.

Lebih-lebih lagi apabila sudah bertukar status dan galas tugas ibu dan menjadi insan lebih baik serta menikmati bahagia di samping keluarga. Kini tumpuan Raja Farah pastinya kepada anak-anak tersayang dan suami tercinta.

 

Untuk rekod, Raja Farah dilahirkan pada 5 Julai 1988 dan kini berusia 35 tahun. Dia mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini lebih bermakna dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Tiga anak Raja Farah dan Iskandar Ismail ialah Imran, Ilham yang berusia empat tahun dan anak bongsu juga puteri kesayangan, Intan yang genap berusia setahun pada 17 Jun lepas.

Raja Farah mula dikenali sebagai model iklan komersial TV menerusi iklan Beras Floral. Selain berlakon, dia juga berbakat sebagai pengacara TV dan pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.

Sumber Foto: Instagram Raja Farah

 

IKLAN