Inspirasi

Rahsia Yasmin Hani Miliki Body Cantik, Wajah Pun Awet Muda

Share

Terpesona tiap kali memandang air wajah pelakon dan personaliti televisyen, Yasmin Hani sekarang. Walau umurnya semakin meningkat namun air wajahnya cukup jelita dan sedap dipandang.

Yasmin Hani atau nama penuhnya Yasmin Hani Ismail Richardson memang suka jaga penampilan diri. Lihat lah susuk tubuhnya yang langsing macam anak dara.

Yasmin Hani Awet Muda

Meskipun hakikatnya dia sudah pun bergelar ibu kepada dua orang anak. Malah wajah awet muda aktres jelita ini sentiasa menjadi perhatian peminat.

Selain minat berlakon dan mengacara, kecintaan Yasmin terhadap gaya hidup sihat seperti bersenam turut mendorong minat followers setia untuk mengamalkan rutin sihat.

Kebanyakan perkongsian jelitawan ini di media sosial berkisarkan tentang senaman. Jadi tak hairanlah pada usia menghampiri 50 tahun, Yasmin kelihatan sihat bertenaga dan cantik semula jadi.

Nak nampak sihat dan cantik kenalah rajin macam Yasmin Hani. Dalam masa sama, jaga diet harian dan pemakanan seimbang.

Kisah Rumah Tangga, Berpisah Dan Bahagia Cara Sendiri

Kisah rumah tangga Yasmin menjadi bualan hangat pada hujung tahun lalu apabila dia sah bercerai dengan suami yang juga anggota kumpulan Black Rose, Sha’arin Razali Wong pada tahun 2021 selepas berkahwin selama 10 tahun.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.

Kalau lihat air wajah anaknya, Noah lebih mirip wajah ibunya, Yasmin. Sementara Eissa pula mewarisi muka ayahnya, Sha’arin.

Walau sudah jadi ibu tunggal tetapi Yasmin cekal menjalani kehidupan dan berdikari menyara kedua-dua anak lelaki.

Selain membuat review pelbagai produk kecantikan dan kesihatan, figura ini juga aktif mewarnai dunia seni.

Jadi, anda yang mahu kelihatan awet muda, kena lah rajin keluarkan peluh setiap hari! Mana tahu, dapat body cantik macam Yasmin Hani juga, kan?

Published by
Nadia