Inspirasi

Pilih Gaya Minimalis Berfesyen, Shera Aiyob Tampak Awet Muda Dan Stylo

Terpesona memandang air wajah pelakon wanita, Shera Aiyob tampak awet muda dengan penampilan terkini yang kelihatan menutup aurat dan bertubuh kecil molek, maintain seperti awal perkahwinan.

Sesekali nampak perkongsian Shera aktif dengan aktiviti luar, jadi tidak pelik jika nampak tubuhnya kecil molek seperti anak dara.

Shera Aiyob Tampak Awet Muda

Dengan gaya minimalis, pakaian longgar tetap jadi pilihannya dan seolah-olah kena dengan jiwanya. Dari soal tudung sampai pemakaian kasutnya, Shera nampak stylo dan bijak menggayakan fesyen.

Jadi buat anda yang bertudung, jangan takut-takut untuk berfesyen! Mungkin gaya Shera ini juga kena dengan anda.

 

Kongsi Tip Nak Bahagia

Digali tentang tip rumah tangga, menurut Shera, sepanjang berkahwin dia tidak pernah menyuruh suaminya yang juga pelakon, Zahiril Adzim melakukan kerja rumah yang bukan kepakarannya.

Namun, menurut Shera, Zahiril sering membantu dirinya dalam urusan menggosok baju di rumah.

“Aku tak pernah paksa dia (Zahiril) masak sebab aku tak nak makan maggi hari-hari. Hehe Tapi bab iron baju ni bila aku minta tolong, jarang lah dia tak buat.,”

Shera turut menambah bahawa jika ingin bahagia dalam rumah tangga, haruslah mencari kelebihan yang ada pada pasangan masing-masing.

“Bersyukur dan hargai pasangan kita. Kalau nak happy dan tak sakit hati, kita cari kelebihan dia. Yang mana kurang, kita sama-sama baiki. Ecehhh!”

Peminat dan pengikut yang mengikuti entri berkenaan rata-rata memuji dan bersetuju dengan tip yang diberikan Shera itu.

Kena Cyst Dan Semakin Pulih

Buat pengetahuan anda, baru-baru ini Shera Aiyob ada menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sista atau cyst sebesar 8 sentimete di sebuah hospital.

Berkongsi lanjut keadaan kesihatannya, isteri kepada Zahiril Adzim itu mula mengesan cyst sejak November tahun lepas.

Namun alhamdulillah, kesihatannya kembali pulih dan semakin sihat.

Untuk rekod, pasangan bahagia itu yang berkahwin pada 20 November 2011 yang lalu telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Nadi Anaqi.

Kredit Gambar: Shera Aiyob

 

 

Nadia

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan