Inspirasi

Pesan Zara Zya, Jangan Buka Ruang Bila Berkawan, Jagalah Ikhtilat!

Share

Sejuk mata memandang pelakon wanita, Zara Zya dengan penampilannya bertudung dan berpakaian sopan.

Namun menyentuh isu curang yang hangat diperkatakan dalam media sosial, pelakon Zara Zya berpesan agar golongan wanita dan lelaki menjaga batas pergaulan bagi mengelak terjebak hubungan terlarang.

Pesan Zara Zya

Menerusi satu portal hiburan, tanpa menyebut mana-mana nama, wanita berumur 38 tahun ini berkata, batas pergaulan sangat penting kerana jika tidak dijaga mampu menggugat kesetiaan dan timbul perasaan suka terhadap individu lain.

“Sebab itu pentingnya untuk kita menjaga ikhtilat. Kalau tidak, kau akan jatuh cinta dengan berlainan orang setiap hari.

“Jangan terlalu buka ruang bermesra atas niat sekadar berkawan dengan berlainan jantina,”

tulisnya dalam InstaStory.

Jangan Sampai Muncul Makhluk Ketiga

Tambah pelakon drama Risik Pada Hati itu, menjaga pergaulan juga penting bagi mengelakkan ‘makhluk’ ketiga iaitu syaitan menghasut melakukan perkara tidak sepatutnya.

Zara bagaimanapun berpendapat setiap individu bebas untuk menjadikan curang sebagai ketentuan Tuhan mahupun pilihan sendiri.

“Bila tidak jaga batas pergaulan, mudah syaitan datang buat kerja.

“Jadi pilihan di tangan sama ada jadikan curang itu takdir atau pilihan,”

jelasnya.

Begitulah pandangan Zara Zya tentang hubungan dengan seseorang, berkawan dengan sesiapa pun, jaga ikhtilat. Insya-Allah akan selamat daripada fitnah dan hubungan ‘mengarut’ dengan pasangan orang.

Kredit gambar: Zara Zya

Published by
Nadia