Inspirasi

Noor Nabila Nak Makan Pun Timbang Dulu, Patutlah Makin Langsing!

Nampak makin jelita dan langsing Noor Nabila pada usia mencecah 40 tahun, malah ibu anak satu ini tidak lokek untuk berkongsi perkembangannya di media sosial.

Apa yang menarik, kakak kepada selebriti popular Neelofa itu ada membuka rahsia macam mana dia menjaga pemakanan yang diambil dengan menyukat makanan menggunakan penimbang elekronik.

Noor Nabila Masuk 40 Tahun Makin Langsing

Perkara tersebut didedahkan rakan karibnya merangkap pempengaruh media, Rosix Omar yang menyatakan ibu kepada seorang anak itu menyukat lauk berupa ikan selaku sumber protein.

“Tengoklah Nabila, dia ajak kita makan tapi yang pentingnya rahsia dia ni, dia makan kena ada penimbang,” katanya dalam perkongsian video dalam TikTok.

Timbang Makanan Sebelum Makan

Dalam hantaran berkenaan kelihatan Nabila sedang menimbang lauk di atas penimbang elekronik yang dikatakan hanya perlu setakat 100 gram.

“Kenalah guna penimbang,” ujar wanita berusia 40 tahun itu menyambut usikan sahabatnya.

Dalam perkongsian itu, Rosix menunjukkan pelbagai jenis hidangan bertutup tudung saji di atas mega selain kelihatan alat penimbang kecil milik Nabila.

Menurut Rosix lagi, rakannya itu memang gemar mengajaknya menikmati hidangan enak, tetapi dia sendiri hanya menjamah sedikit sebagai alas perut.

 

“Dia kena timbang berapa banyak dia makan, ini masalah negara aku pun tak faham. Kejap lagi dia suruh kita makan banyak-banyak, dia pula timbang,” ujarnya.

Selain hanya mengambil sedikit saja isi ikan, di pinggan ahli perniagaan terbabit hanya ada sedikit sambal, sayur-sayuran serta separuh genggam nasi putih.

Teruja Melihat Cara Pemakanannya

Rejim diet yang didedahkan itu mengundang komen ramai dengan rata-rata meluahkan perasaan kagum melihat semangat ditunjukkan Nabila untuk jaga badan.

“Bagus dia masa muda jaga makan, jaga ‘portion’ tapi tetap dapat makan sedap. Tak payah tunggu tua,” tulis seorang netizen.

“Betul tu dah suku suku separuh untuk kesihatan. Semakin meningkat usia kena kurangkan makan,” tulis pemilik akaun TikTok lain.

Penjagaan kesihatan serta tubuh badannya sebelum ini turut menjadi perhatian kerana pada usia mencecah 40-an selain mempunyai seorang anak yang kini berumur lima tahun, Jebat Jayden Ahmad, dia tetap kekal langsing.

Sumber: Kosmo!

Nadia

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan