Inspirasi

Nasihat Nabila Razali, “Nak Jadi Pempengaruh Pun Jangan Malas Belajar…”

Share

Nasihat seikhlas hati daripada penyanyi dan pelakon, Nabila Razali buat generasi muda yang mahu bergelar pempengaruh media sosial, anda perlu mengutamakan pelajaran dulu.

Nasihat Nabila Razali

Menurut Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali 31, menjadi pempengaruh bukan satu kesalahan tetapi harus mampu memberi manfaat kepada orang ramai.

“Mungkin ada sesetengah daripada anda yang merasakan pelajaran ini tidak penting, tak perlu ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan serta sudah tak sabar nak jadi influencer (pempengaruh) dan sebagainya.

“Bukan satu kesalahan menjadi seorang influencer tetapi pastikan mampu beri bermanfaat kepada orang-orang di luar sana.

“Gunakan platform itu sebaik mungkin tetapi jangan lupa, apa-apa yang kita buat pelajaran sangat penting,”

katanya dalam sebuah video TikTok.

Ilmu Jamin Masa Depan

Pelantun lagu Peluang Kedua itu turut menegaskan agar sentiasa percaya bahawa ilmu mampu menjamin masa depan yang cerah.

“Jangan lupa untuk terus belajar dan usah putus asa walau apapun keputusan yang kalian dapat.

“Kalian perlu yakin bahawa sedikit sebanyak ilmu itu akan membawa anda ke mana-mana nanti.

“Masa depan anda akan sangat cerah. Pentingkan pelajaran dulu dan jadikannya nombor satu,”

ujarnya.

Terdahulu, kecoh dalam media social baru-baru ini apabila segelintir individu yang berbangga mendapat keputusan SPM yang kurang baik kerana merasakan perkara tersebut tidak penting selepas tamat tempoh persekolahan.

Sumber: Kosmo!

Published by
Nadia