Kalau anda masih mencari cara nak ‘melidi’ dengan berkesan, mungkin inilah masanya. Dengan displinkan diri untuk amal 10 tip daripada Ika Mat Bakhir, inshaa Allah berat anda akan berubah dalam masa 2 minggu.
Owh ya, ‘melidi’ itu merujuk kepada kurus sebenarnya, jadi jangan rasa pelik dengan perkataan yang diguna pakai. Yang penting anda dapat info yang bagus untuk turunkan berat badan.
Ini Cara Nak ‘Melidi’
Hai semua! Esok diet? Apa ada dalam peti? Apa ada, makan je tapi nak ingatkan saya guna diet ala Atkins cuma saya maintain amal minum air asam keping dan juga green tea.
Jadi saya nak terang awal-awal cara diet ‘jom melidi’ supaya boleh tahu dah apa yg boleh makan dan apa yang tak boleh. Untuk fasa pertama ni:
1. SAY TOTAL NO TO CARB
Semua jenis nasi dan karbo jangan ambil langsung, tak kisahlah mihun ke mee ke roti ke, asal anda tahu karbo jangan sentuh langsung termasuklah kentang!
Limit yang halal hanya lah 20gram je shari karbohidrat so boleh dah pelahan-lahan tinggal nasi ya.
2. SAY TOTAL NO TO SUGAR
Jadi apa jenis yang bergula dan buah anda cut terus, dua minggu sahaja! Lepas itu boleh makan semula, termasuklah air bergula.
3. SAY YES TO VEGE
Semua jenis sayur anda makan saja sampai nak muntah hijau.
4. Sos tomato atau cili jangan ambil langsung! Sebab ada gula tersembunyi. Jadi anda kena perhati, tetapi mayonis boleh ambil.
5. Boleh makan semua jenis ayam, daging, ikan, seafood dan telur dengan pelbagai masakan tanpa letak gula. Ini yang saya suka sebab boleh masak pelbagai mkanan dan makan tanpa kena tahan lapar. Garam boleh je letak tau, gula ke pak aji no..no..no..
Senang cakap say yes to protein!
6. WAJIB MINUM AIR PUTIH IKUT KEPERLUAN.
Sebab minum 3 liter air sehari itu adalah mitos bukan fakta, kita minum air ikut berat badan okay. Jadi jangan lah pikir wajib 3 liter cuma sememangnya bagus lah minum air masak ni.
7. Saya tak akan lupa petua air asam keping.
Sebagai tambahan kalau ada yang tak boleh telan asam keping boleh guna alternatif air teh hijau kosong. Jangan letak gula!
Sebab asam keping atau teh hijau mempercepatkan metobolisme. Jadi cepat sikit bakar lemak selain detoks.
8.ISTIQOMAH
Jangan jam 8 diet, jam 9 anda dah rasa kurus! Fasa pertama is dua minggu okay. Bertabahlah bersama, kabo nak macam body mentadak.
9. Nak makan luar pon boleh cuma ingat SIFIR MELIDI je makan RUMPUT + HAIWAN
( NO GULA NO CARB ) = KURUS SUMUR HIDUP.
Nak makan ayam mekdi ke ayam kefci boleh, buang kulit sebab kulit ada tepung. Nak makan burger mekdi boleh tapi buang roti sebab roti ada carbo dan jangan makan sos. Sayur dan mayonis boleh, senang kannn. Asal anda tahu GULA = KARBO anda jangan ambil.
10. AIS PUNCA KEGEMUKAN ADALAH MITOS.
Jadi kalau rasa tak boleh hadap minum air masak, boleh saja minum ais kosong a.k.a skyjuice.
Ini contoh menu diet yang Ika amalkan ya.
STUDENT YANG NAK DIET
Boleh pergi kedai beli ayam saja tanpa nasi, jadi ambil lah semua sayur minta lebih pun tak apa.
Hasil Setakat Ini
Tak banyak, sebab baru 2 minggu, daripada 57kg ke 53.7kg dulu. Itu adalah sikit perubahan, seluar jeans dah kena pakai belt sebab longgar. Nanti sambung pula sampai 3 minggu, biar perlahan tapi ada hasilnya.
Haaa…senang, bukan? Bagi anda yang betul-betul boleh disiplin ikut cara ini, anda akan dapat perubahannya. Jom, melidi!