Masih cantik lagi wanita umur 50-an ini, kalau nak tahu rahsia awet muda yang dia amalkan, jemput baca perkongsian Puan Ija Syariza. Yang penting selepas baca kena amalkan juga ya!
Nak-nak anda yang sudah berkahwin dan ada anak, belajar jaga badan dari A to Z, barulah sihat dan nampak muda.
Menurut Puan Ija, ramai yang minta petua awet muda. Katanya denga rendah diri, dia rasa tak layak sebenarnya sebab memang dah tua. Tapi, ikhlas ini beberapa amalan yang diamalkan sampai tahap umur 50-an.
“Zarif masuk darjah 1 saya dah 50an. Moga saya kekal sihat untuk uruskan persekolahan zarif macam kakak2 dan abang dia.
“Mak saya boleh mengurut dan bidankan orang bersalin. Dialah yang bagi nasihat tentang penjagaan diri,” kongsinya.
Ini pula pesanan untuk jaga badan bila dah berkahwin. Ya, mula-mula kawin mak dah warning. Jarakkan kelahiran anak. Beri masa badan untuk berehat. Badan bukan kilang buat anak. Minimum 4 tahun seorang.
2 tahun untuk susukan baby.
2 tahun lagi untuk rumahtangga dan suami.
Masa mengandung jaga gigi. Hadkan makan benda masam sampai lupa kesihatan gigi.
“Gigi mak hilang masa mengandung. 7 orang anak 7 batang gigi terpaksa dicabut.
Bila hilang gigi. Muka jadi cengkung, gigi beralih. Nampak berumur.
“Saya ada adik beradik perempuan yang boleh bagi nasihat sentap tanpa rasa bersalah.
“Si Oni memang suka tengok orang cantik. Kau tak jaga kulit, tak jaga kebersihan, tak jaga badan, dia bebel sampai kau pening dengar. Insaf terus.
Diorang ni suka buat jamu sendiri,” ceritanya lagi.
2 biji apple hijau
Seinci kunyit
Sebatang akar kunci
(untuk 2 hari)
Blender dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Untuk kulit. Stamina (kunyit boleh naikkan metabolisma boleh cari dalan youtube doktor luar negara dah buat kajian) dan dalaman wanita.
“Saya minum apple cider dan coconut oil je. Tak tekun macam oni. Umur 45 tahun, kulit dia satu cacat cela pun tak ada,” sambung Ija.
Kalau anda jenis malas bersipa, kena ubah perlahan-lahan. Ini untuk pasangan kita juga, sedapkan mata pasangan yang memandang.
“Saya belajar make up. Abang zam suka saya bersiap. Wajib keluar rumah dalam keadaan elok. Jangan rupa orang tak mandi,” kata Ija.
Make up simple-simple.
Nak make up nampak cantik, kulit kena cantik.
Nak kulit cantik. Kena minum air yang cukup.
Kurangkan gula.
Wajib buang make up dan cuci muka sebelum tidur (itu sebab saya mandi sebelum tidur)
Penjagaan waktu malam pun perlu, krim malam tepek vitamin E dan sapu lotion satu badan.
“Lotion saya guna minyak coconut oil (brand Palmer – letak perfume dalam minyak. Biar wangi).” kongsinya lagi.
Jangan guna produk yang mengelupaskan kulit. Kulit cepat naik jeragat. Wajib pakai Sunblock. Minimum spf 50.
“Alah tak mahal pun, saya guna produk yang biasa-biasa. Satu lagi, jaga sistem perkumuhan,” kata Ija.
Setiap hari mesti ke toilet. Kalau tersumbat mesti ada sebab. Kita kena kenal badan sendiri.
Makan sayur.
Makan buah – pilih buah yang kurang gula. Gitu je lah.
Saya manusia biasa tak sempurna. Banyak kekurangan. Dan ada kelebihan. Semua orang cantik dengan cara dia. Yakin je,” luah wanita ini mengakhirkan rutin kecantikan.
Hah, selepas ini jangan lupa jaga kulit, dalaman dan bab beranak juga ya. Boleh anak ramai tetapi pastikan mampu kawal emosi setiap hari untuk awet muda.