Wan Rashidah Artis Bersuara Seksi Yang Pandai Bergaya, Cantik Dan Tak Puas Dipandang!

Share

Terkenal pada era lewat 90-an, Wann atau nama penuhnya Wan Rashidah Meor Abdul Rasyid seorang penyanyi yang mempunyai identiti dan aura tersendiri.

‘Halus’ memukau peminat dengan suara uniknya, sampai kini Wann masih disebut-sebut dan diingati sebagai artis perempuan bersuara seksi.

 

Dengan bakat yang dikurniakan oleh Ilahi itu juga, Wann sudah merakamkan lebih 10 buah album solo bersama syarikat rakaman Suara Cipta Sempurna (SCS). Malah di zaman kegemilangannya, Wann disenaraikan sebagai artis yang paling banyak mengadakan persembahan pentas.

Namun kali terakhir dia muncul dalam pertandingan adalah sewaktu menyertai Gegar Vaganza musim keenam pada tahun 2019, jadi lah buat pelepas rindu kepada peminat-peminat kesayangannya.

 

Wann yang kini menetap di Singapura, tempat kelahiran suaminya, Mohamed Thazah Hamzah, dilihat cukup bahagia dibuai kasih sayang dua anaknya iaitu Mohd Israfael dan Natasha.

 

Wan Rashidah Pandai Jaga Penampilan

Walaupun sudah berumahtangga dan anak-anak sudah meningkat dewasa, Wann tetap menjaga penampilan dengan berselendang dan bersolek di bahagian mata. Nampak manis dengan solekan nipis itu, tapi gaya ini lah menjadi ‘trademark’ kepada Wann.

Haa.. jangan tak tahu, Wann memang suri rumah sepenuh masa dan sejak mempunyai anak, fokusnya memang membesarkan anak-anak dan tidak mengejar glamour.

Jadi kita yang biasa-biasa duduk rumah ini pun, sebaiknya jaga lah penampilan untuk nampak manis di mata suami tersayang.

 

IKLAN